top of page

Isu kalimah Allah: Agong dirujuk dalam membuat keputusan



Isu kalimah Allah diguna oleh bukan Islam yang dipersalahkan kepada Kerajaan Perpaduan oleh pembangkang PN dijawab secara tuntas hari ini di Dewan Rakyat.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) berkata, semua keputusan mengenai isu kalimah Allah tersebut telah dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong dan mendapat nasihat baginda. Katanya, Jemaah Menteri mengikut keputusan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu dalam hal keagamaan tersebut.


Hal itu ditegaskan dalam jawapan PM ke atas solalan Ahli Parlimen Datuk Idris Ahmad (PN - Bagan Serai).


"Tidak timbul sama sekali soal tidak dirujuk. Keputusan dibuat Jemaah Menteri pada 7 Februari adalah memperaku keputusan dan nasihat Agong selari dengan keputusan Majlis Raja Raja Melayu, iaitu nama Allah tidak boleh digunakan walau ada pandangan peribadin lain.


"Saya pernah dengar sendiri bersama Marang (Presiden Pas, Hj Hadi Awang) yang membuat keputusan membolehkan, ada mufti yang membolehkan, ulama yang membolehkan. Tetapi itu pandangan peribadi. Pandangan yang digunapakai, diterima oleh kerajaan iaitu nama Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.


"Keputusan Jemaah Menteri memperaku maka Peguam Negara dalam melihat kes (Jill Ireland), melihat kes ini khusus dari segi pentadbiran tidak melibatkan kalimah Allah khusus peraturan Kementerian Dalam Negeri (KDN), iaitu bersabit dengan dokumen dan tape untuk Sarawak, ialah tidak membuat rayuan.


"Pada pendapat Peguam Negara, keputusan beliau selari dengan keutusan Raja raja Melayu. Keputusan ini juga sama dengan keputusan yang tidak dirobah sebelum ini, iaitu keputusan yang dibuat oleh Majlis Raja raja dan Arahan Pentadbiran. Yang menjadi masalah adalah Arahan Pentadbiran 1986 bercanggah dengan keputusan Majlis Raja raja," katanya.


Bagaimanapun kata PM, hal itu tidak bermaksud memberi ruang kepada bukan Islam dibenar menggunakan kalihat Allah seperti yang didakwa.


Katanya, pendirian kerajaan hari ini memperaku keputusan dibuat iaitu nama Allah tidak boleh digunakan bukan Islam di Semenanjung. Manakala kelonggaran diberikan dengan syarat syarat tertentu di Sabah dan Sarawak.


Berkenaan soalan tambahan Bagan Serai, iaitu keputusan mahkamah terpakai di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, PM berkata, kerajaan akan memperkemaskan peraturan dan membuang percanggahan. Selepas ini, katanya, peraturan akan diseleraskan.


"Yang diputuskan oleh mahkamah sama ada di Borneo atau di sini adalah 2 peraturan bercanggah, iaitu di KDN yang dibuat dulu. Jadi apa yang perlu dibuat adalah untuk kerajaan memperkemaskan, tidak ada peraturan yang dilihat bercanggah dengan keputsuan Majlis Raja raja.


"Kalau tanya keputusan mahkamah, itu bukan bidang saya. Yang saya boleh buat dari sudut kerajaan, dan Jemaah Menteri tetap dengan keputusan raja raja Melayu tidak boleh sama sekali di Semenanjung tetapi dibolehkan dengan syarat tertentu di Sabah dan Sarawak


"Apa yang boleh dibuat ialah memperkemas supaya tidak ada kekeliruan. Kalau ada apa apa keputusan di mana tidak jelas kedudukan dan keputusan yang dilihat mengelirukan, maka ini harus dibetulkan.


"Sementara itu keputusan kita adalah untuk mematuhi sepenuhnya keputusan raja raja Melayu," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page