top of page

Isu Kabinet: Beri kepercayaan penuh kepada PM Anwar - Ahmad Nazib

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 18
  • 2 min read

Oleh: Akmal Manaf


Pendekatan seperti dialog, perundingan dan musyawarah yang diamalkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini mampu meredakan perbezaan pandangan politik, sekali gus memperkukuh kesepakatan serta kestabilan dalam Kerajaan Perpaduan, terutama berhubung isu kekosongan dua jawatan menteri dalam Kabinet.


Keyakinan itu disuarakan oleh Ketua Cabang KEADILAN Santubong, Ahmad Nazib Johari (gambar) menerusi satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Katanya, proses pelantikan semula atau pengisian jawatan menteri bukan sekadar teknikal, tetapi peluang memperkukuh pentadbiran dengan tokoh cekap yang beriltizam reformasi dan berani melaksanakan dasar rakyat.


''Integriti, keupayaan dan rekod prestasi harus menjadi asas utama pemilihan, bukan tekanan politik atau agenda sempit mana-mana pihak.


''Politik yang matang dan berasaskan kepentingan rakyat perlu terus dijadikan pedoman.


''Jadi kami menyeru semua pihak terutama seluruh ahli keluarga KEADILAN agar memberi kepercayaan penuh kepada Datuk Seri Anwar untuk menyelesaikan isu yang melibatkan kemelut pasca pemilihan parti dan kedudukan perlantikan menteri-menteri dalam Kabinet,'' katanya.


Dalam pada itu, beliau turut memuji Anwar yang juga Presiden KEADILAN bahawa sosok itu telah membuktikan kepimpinan inklusif dan berprinsip mampu menyatukan pelbagai entiti politik dalam satu pentadbiran yang stabil.


''Ini merupakan manifestasi sebenar konsep Kerajaan Perpaduan bukan sekadar pembahagian kuasa, tetapi satu iltizam bersama untuk membina negara yang adil, progresif dan bersatu padu.


''Kami percaya setiap langkah beliau (Anwar) mencerminkan kesungguhan untuk memperkukuh institusi kerajaan dan menjamin kestabilan politik negara,'' ujarnya lagi.


Justeru, Ahmad Nazib menegaskan sebarang percubaan untuk mencetuskan ketidaktentuan politik harus ditolak secara bersama.


Beliau menyifatkan tindakan sedemikian hanya akan merugikan rakyat dan mencetuskan ketidaktentuan yang boleh menjejaskan kepercayaan pelabur serta kelangsungan pembangunan.


⁠''Kami berpegang teguh bahawa semua keputusan yang akan diambil Datuk Seri Anwar adalah berteraskan semangat muafakat nasional dan kepentingan rakyat seluruh negara.


''Kami menolak sebarang tekanan luar atau naratif sempit yang cuba menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan serta agenda reformasi yang sedang digerakkan,'' katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page