top of page

Isu jalan raya, bantuan pemandu grab perjuangan utama calon DUN Bukit Batu



Calon DUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern (gambar, kanan sekali) menjadikan 3 perkara sebagai perjuangan utama beliau dalam Pilihan Raya Negeri Johor kali ini.


Katanya, beliau akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah rakyat berkenaan di samping isu isu lain.


"Saya ada 3 isu tempatan. Pertama isu insfrastruktur jalan raya di Batu 24, Bukit Batu. Projek ini sudah 7 tahun tetapi belum siap. Sampai bilakah kita rakyat kena tunggu?


"Sebenarnya projek ini telah melalui beberapa kerajaan, juga banyak MB sudah meninjau. Katanya kontraktor bermasalah. Kalau ada masalah kontraktor, pihak kerajaan kena siasat dan perbaiki. Takkan nak bagi pengundi kita tunggu selama ini (7 tahun)," katanya dalam sidang media di Larkin, pagi tadi.


Selain isu jalan, Arthur juga berjanji akan berusaha untuk memperbaiki kondisi perkerja gig seperti pemandu grab, penghantar makanan dan sebagainya.


"Sejak PKP ramai anak muda hilang kerja dan mereka kerja sebagai grab rider. Lepas ini kita akan buat polisi yang sesuai untuk mereka seperti bagi baucar minyak dan sebagainya untuk tolong anak muda di Bukit Batu," katanya.


Ahthur juga akan mencuba menarik lebih banyak pelabur ke kawasan industri data raya di Kulai. Kawasan itu katanya, menghimpukan syarikat multinasional dan akan memberi lebih banyak pekerjaan kepada anak tempatan sekiranya dikembangkan.


"Isu tempatan seterusnya ekonomi digital. Di Bukit Batu kita ada Kulai Industrial Park. Dalamnya banyak syarikat besar, multinasional berteknologi tinggi. Ada Kulai Industry Data Exchange. Ini industri paling penting. Kawasan ini yang kedua besar selepas Cyberjaya Malaysia.


"Saya mahu lebih banyak syarikat datang Bukit Batu untuk melabur di sini. Harap kita dapat wujudkan lebih banyak pekerjaan kolar putih dan anak tempatan dapat peluang kerja dalam bidang ini," katanya lagi.


Arthur mengharapkan pengundi DUN Bukit Batu keluar beramai ramai untuk mengundi KEADILAN dalam pilihan raya 12 Mac ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page