top of page

Isu dunia, serantau: PM hubungi tiga rakan sejawat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 9
  • 1 min read

PM DS Anwar menelefon tiga rakan sejawat bagi berbincang isu semasa antarabanagsa dan serantau
PM DS Anwar menelefon tiga rakan sejawat bagi berbincang isu semasa antarabanagsa dan serantau

Menjelang sidang Kemuncak ASEAN ke 46 yang akan diadakan pada hujung Mei ini, Perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menghubungi pelbagai ketua kerajaan bagi mendapatkan pandangan mengenai isu isu semasa.


Terbaharu, semalam beliau menghubungi tiga lagi ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese; Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão; dan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra.


Katanya, perbulaan tersebut terarah kepada isu semasa, global, ASEAN, kesan tarif Amerika Syarikat serta usaha berterusan dalam memperkukuh kerjasama dua hala dan serantau.


"Sewaktu perbualan dengan Anthony Albanese, saya telah menjemputnya untuk melawat Malaysia dan mengukuhkan persahabatan yang terjalin khususnya selepas kejayaan mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri Australia bagi penggal kedua berturut-turut," katanya dalam muat naik di Facebook.


Kemudian PM berbicara dengan rakan sejawat dari Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão. Perbincangan dengan Gusmão lebih terarah kepada perkembangan krisis kemanusiaan di Myanmar, status republik itu sebagai anggota tetap ASEAN, selain kesediaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menjelang Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur.


"Sewaktu perbualan telefon dengan rakan sejawat dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra, beberapa isu melibatkan kedua-dua negara disentuh dan dikemaskini seperti rundingan Dialog Damai Selatan Thailand yang memerlukan inisiatif keamanan dan bukannya membabitkan sebarang elemen keganasan," katanya lagi.


PM Anwar berharap hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan jiran-jiran di rantau ASEAN, Asia, dan seluruh benua terus harmoni dan mendapat manfaat dari sudut diplomatik, ekonomi, pelaburan dan sebagainya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page