top of page

Isu DNAA: Hj Hadi perlu tarik balik, mohon maaf di Dewan Rakyat



Ahli Parlimen Marang, Hj Hadi Awang perlu menarik balik ucapan beliau di Dewan Rakyat semalam bahawa tidak wujud konsep dilepas tanpa dibebas (DNAA) dalam hukum Islam.


Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Fazdil berkata, ternyata Hj Hadi tidak cermat dalam membicarakan hukum hakam Islam kerana perkara yang dikatakan itu wujud dan dikuatkuasakan dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Terengganu tahun 2001.


"Betulkah dalam Islam tiada konsep DNAA atau dilepas tanpa dibebas seperti kata Tan Sri Hadi Awang Ahli Parlimen Marang?


"Sebenarnya ada dan wujud. Kalau kita lihat Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Terengganu tahun 2001, Seksyen 103 (1) dengan jelas disebut dalam enakmen itu, dalam seksyen itu ada dilepas tanpa dibebas (DNAA)," katanya dalam siaran media di Tiktok.


Fakta yang lebih menarik, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, seksyen DNAA tersebut diusul dan diluluskan di DUN Terengganu ketika Hj Hadi sendiri mengetuai majlis mesyuarat DUN sebagai Menteri Besar (1999 - 2004).


Oleh itu, katanya, Hj Hadi dalam hal ini perlu dipertanggungjawabkan di atas ucapan mengelirukan parlimen semalam. Beliau, kata Fahmi, wajib memohon maaf di dalam dewan.


"Perkara paling menarik enakmen ini telah digubal dan diluluskan pada 2001 waktu Tan Sri Hadi merupakan MB Terengganu


"Oleh itu Ahli Parlimen Marang telah mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan yang telah dibuat, dan wajar tarik balik balik kenyataan itu serta memohon maaf kepada Dewan Rakyat," katanya lagi.


Presiden Pas Hj Hadi semalam berkata tiada keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam sistem kehakiman Islam.


Kenyataan itu dibuat ketika pembangkang mempertikaikan keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) memohon menghentikan kes rasuah terhadap Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


"Dalam Islam tak ada dilepaskan tanpa dibebaskan.


"Mesti dikenakan hukuman," kata Hadi dalam sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) semalam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page