top of page

Isu CSA terlalu awal: PH belum bersetuju lakukan perjanjian


Isu perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) yang diulas oleh pemimpin DAP, Tony Pua kelmarin dianggap masih terlalu awal dan belum diputuskan oleh Pakatan Harapan (PH).


Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, gabungan itu masih di peringkat permulaan rundingan bersama kerajaan pimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri.


"Kenyataan Tony 'terlalu awal'.


"Kami baru-baru ini dihubungi oleh wakil PM setelah Ismail Sabri mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin PH minggu lepas.


"Yang paling penting, PH tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan," katanya dipetik.


Menjelaskan lanjut, Setiausaha Agung KEADILAN itu berkata rundingan yang dilakukan sekarang bukan bersifat CSA namun lebih kepada persefahaman luas bagi menjaga kebajikan rakyat.


"Ia bukan perjanjian CSA antara kerajaan dan PH tetapi lebih kepada satu persefahaman demi kebaikan rakyat.


"Perjanjian CSA sebelum ini adalah inisiatif individu, antara beberapa pemimpin pembangkang dan kerajaan terdahulu di bawah Muhyiddin tanpa persetujuan oleh pucuk pimpinan PH.


"Sekarang ia sudah jadi formal antara kerajaan dengan pembangkang. Finaliti itu bergantung komitmen kerajaan Ismail Sabri terhadap agenda pro-rakyat dan pro-reformasi," katanya.


Jelas Saifuddin, CSA biasanya dilakukan oleh kerajaan yang hilang majoriti meminta pembangkang menyokong mereka meluluskan Rang Udnang-undang di Parlimen.


Bagaimanapun, kali ini kerajaan BN-PN tidak hilang majoriti yang mengharuskan CSA dilakukan.


"Dalam kes Muhyiddin (Yassin) dia jelas hilang majoriti. Jadi, dia adakan inisiatif perjanjian dengan beberapa ahli parlimen pembangkang secara individu.


"Tapi Ismail Sabri buat masa ini ada sokongan 114 ahli parlimen. Jadi tiada keperluan CSA. Rundingan itu bukan lagi modal CSA," katanya.


Menyentuh mengenai rundingan, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata, hal itu akan dilakukan secara beberapa fasa sebelum keputusan muktamad dibuat oleh Majlis Presiden PH.


Baru-baru ini, pemimpin DAP Tony Pua dalam satu forum atas talian mengesahkan rundingan sedang berlangsung antara blok pembangkang dengan Ismail dan membayangkan rundingan terbabit seperti CSA, yang dirundingi beliau dan seorang lagi pemimpin DAP bersama pentadbiran Mahiaddin sebelum ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page