top of page

Isu beras: PN cakap sedap tetapi fakta tak lengkap - Fahmi



Isu bekalan dan kenaikan harga beras masih menjadi bahan belasahan dan tohmahan pembangkang termasuk dalam kempen Pilihan Raya Kecil di DUN Pelangai.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam ceramah terbaharu berkata, rakyat hari ini terpaksa beratur panjang untuk membeli beras dan hal itu katanya tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.


Bagi Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, ahli politik pembangkang itu seharusnya menyertakan dengan jelas rujukan 'berbaris panjang' yang beliau maksudkan, sama ada disaksikannya sendiri atau pun hanya dilihat di media sosial.


Kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan itu, terdapat hantaran berita palsu di Facebook baru baru ini berkenaan gambar program kebajikan sebuah syarikat di Ipoh, Perak bagi memupuk amalan bersedekah tetapi dinyatakan sebagai aksi berbaris panjang menunggu giliran membeli beras.


"Saya tidak pasti kalau yang dimaksudkan oleh Ketua Pembangang Hamzah Zainuddin ini sama dengan posting yang tular di FB beberapa hari lalu kononnya orang berbaris panjang untuk membeli beras.


"Rupa rupanya itu program kebajikan," kata Fahmi dalam satu siaran media di Tiktok.

Beratur di program kebajikan dikatakan beli beras

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital sebaliknya menafikan kerajaan hanya berdiam diri dan membiarkan rakyat sensara menghadapi krisis bekalan beras bersendirian.


Katanya sejak 2 Oktober lalu, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah melakukan intervensi pengedaran beras putih tempatan (BPT).


Kerajaan turut mensubsidi harga beras import yang dijual di pasaran untuk menurunkan harganya daripada RM31 sekampit kepada RM28 sekampit.


Hal itu, katanya telah dilaporkan oleh media masa, berlaku penurunan harga BPT di Tawau, Sabah yang dijual pada harga RM27.50 sekampit.


Sehubungan itu, Fahmi menasihatkan rakyat Malaysia agar berfikiran kritis apabila mendengar hujah pembangkang dan bersedia untuk melakukan analisa jika ingin mendengar ceramah mereka.


"Walaupun isu beras import berkaitan dengan rantaian bekalan beras dunia, termasuk larangan eksport beras India tetapi dengan langkah kerajaan, isu bekalan beras akan lebih terkawal.


"Jadi hati hati mendegar hujah 'pakar pertikaian' dari PN. Cakap sedap tetapi fakta tak lengkap," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page