top of page

Isu bekalan air Labuan: Kerajaan peruntuk 1,000 tangki air

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 25, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Sebanyak 1,000 unit tangki air diperuntukan kerajaan kepada penduduk Labuan bagi membantu masalah bekalan air di wilayah berkenaan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, daripada jumlah tersebut pengagihan sebanyak 250 tangki air dijangka selesai pada April ini manakala baki daripada jumlah itu telah diagihkan kepada 17 buah kampung.


"Pihak Perbadanan Labuan bersama Bahagian Bekalan Air Labuan telah menentukan beberapa kriteria asas sebagai panduan kepada ketua kampung untuk melaksanakan kerja-kerja agihan di kawasan masing-masing.


"Antaranya ialah penduduk yang tinggal jauh dan paling akhir menerima bekalan air dari saluran paip utama dan penduduk yang tinggal di kawasan tinggi," katanya sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan)yang ingin tahu sama ada bantuan tangki yang telah diluluskan sebanyak 1,000 unit melalui Perbadanan Labuan itu hanya diagihkan kepada penduduk tertentu sahaja atau untuk semua tanpa mengira fahaman politik.


Selain itu, bagi mengatasi isu bekalan air di institusi pendidikan Labuan, Zaliha berkata pihak berkuasa tempatan telah menyediakan 10 unit tangki air berkapasiti 1,200 gelen di Kolej Matrikulasi Labuan dan Sekolah Menengah Sains Labuan.


"Proses pengagihan tangki itu telah dilaksanakan pada 14 Januari lalu dan Perbadanan Labuan juga mengambil langkah untuk menilai kesempurnaan pelaksanaan proses agihan.


"Bagi penduduk yang layak tetapi tidak menerima bantuan tangki air, mereka diminta memaklumkan kepada Perbadanan Labuan dan bantuan sewajarnya akan diberikan kepada penduduk yang terjejas," ujarnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page