top of page

Isu Azam Baki: PM mesti umum siasatan bebas, PH boleh kaji semula MoU



Isu kontroversi pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak boleh dibiarkan berpanjangan oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Beliau sebaik baiknya segera mengumumkan pilihan untuk menyelesaikan kes berkenaan sama ada melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Khas, memanggil sidang tergempar Parlimen atau merombak struktur SPRM.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Damansara, Dzulhilmi Zainol, sekiranya tiada perkara relevan dalam memperbaiki imej SPRM dilakukan oleh PM maka ada baiknya Pakatan Harapan (PH) mengkaji semula penyertaan dalam memorandum kerjasama yang ditandatangani gabungan itu bersama Kerajaan Persekutuan tahun lalu.


"Kerajaan perlu melaksanakan perubahan berskala besar terutama mengeluarkan SPRM serta badan-badan lain daripada Jabatan Perdana Menteri dan meletakkannya di bawah Parlimen pada kadar segera.


"Begitu juga dalam hal ini, tiada satu kenyataan tegas dan menyakinkan daripada PM, Datuk Seri Ismail Sabri terhadap isu yang melibatkan suruhanjaya tersebut yang merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.


"Secara peribadi, saya berpandangan PH perlu meneliti dan menilai semula memorandum kerjasama (MoU) yang ditandatangani pada 13 September tahun lalu selepas siri kegagalan yang berlanjutan ditonjolkan oleh Kerajaan Persekutuan pada ketika ini," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Dzulhilmi, kerosakan imej yang ditimbulkan dalam krisis integriti kes Azam Baki tersebut agak parah kerana melibatkan kritikan terbuka bekas anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Prof Dr Edmund Terence Gomez dan penglibatan pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang membersihkan nama Azam.


"Secara jelas, wujud kerosakan sistem dan pelanggaran undang-undang dalam isu ini apabila Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar menerima alasan yang diberikan dengan hati yang terbuka," katanya lagi.


Justeru itu, tambah Dzulhilmi, sekiranya kerajaan tidak mahu bertindak lebih jauh, sekurang kurangnya Azam Baki perlulah direhatkan sepanjang siasatan berlangsung.


Tanpa perkara itu dilakukan, katanya, sukar untuk rakyat menerima hasil siasatan kelak sama ada dilakukan oleh polis atau mana mana badan penguatkuasaan lain.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page