top of page

Isu arak: Orang Pas 'pening' kerana terlebih cakap masa jadi pembangkang



Kontroversi arak buatan Malaysia berjenama Timah yang popular di luar negara dan dianggap memalukan kerajaan Melayu Islam Perikatan Nasional boleh dielakkan sekiranya parti agama yang menjadi tunjang kerajaan itu berusaha mengurangkan aktiviti bersangkutan arak di negara ini.


Menurut Ahli Dewan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, Pas yang pernah menentang keras penghasilan dan penjualan arak sewaktu jadi pembangkang dahulu perlu menerangkan kepada bukan Islam tentang keburukan arak, supaya mereka sendiri menolak minuman berkenaan.


"Dalam negara demokrasi adalah mustahil kita hanya mengharapkan sokongan umat Islam di dalam negara untuk buat apa yang Islam mahu tetapi apa usaha kita untuk fahamkan mereka yang tak faham kenapa kita nak arak tu diharamkan," katanya dalam catatan di Facebook beliau.


Bagi Fakhrulrazi lagi, orang bukan Islam tidak akan faham dengan hujah golongan agama mengenai pengharaman arak. Sebaliknya perlu dicari hujah yang lebih rasional.


Bagaimanapun, kata Fakhrulrazi lagi, Pas berhadapan masalah dalam isu terbabit kerana sebelum ini mereka amat 'celupar' menentang pemerintah yang membenarkan penjualan arak.


"Saya yakin orang Pas pun tak setuju dengan isu arak. Tetapi sebab mereka ini dulu celupar dan banyak cakap sebelum jadi kerajaan. Tibai tak beringat, bila dah jadi kerajaan baru tahu apa masalahnya.


"Setidaknya usaha dan carilah jalan untuk mengurangkan penjualan arak, bukan memberi alasan," katanya.


Baru-baru ini pemimpin kerajaan dari Pas dikecam hebat oleh netizen apabila memberi alasan arak jenama Timah bukan dikeluarkan oleh kerajaan. Begitu juga tular tarikh kebenaran penjualan arak berkenaan pada bulan Jun 2020 ketika Pas telah berada dalam kerajaan PN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page