top of page

Isu 6 kerusi MP Bersatu - PMX bersikap terbuka

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 13, 2024
  • 1 min read


Oleh: Noraini Nordin


SOROTAN BERITA: Walaupun dicaci dan dikecam kerana mempertahankan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang tidak mengosongkan enam kerusi mantan Ahli Parlimen Bersatu yang dipertikaikan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas bersikap terbuka menghadapinya.


Berikutan isu berkenaan terus hangat diperbualkan, beliau berkata, kerajaan bersedia berbincang bagi meminda Akta Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti (Akta Anti Lompat Parti) untuk memperbaiki kelompangan yang terdapat dalam undang-undang itu.


Kesediaan dan sikap terbuka Perdana Menteri ini adalah jalan tengah yang terbaik dan perlu disambut oleh semua parti dalam negara ini.


Perkukuh Akta Anti Lompat Parti


Hakikatnya, hanya dengan melakukan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan memperkemaskan lagi Akta Anti Lompat Parti sahajalah satu-satunya jalan penyelesaikan bagi mengelakkan isu ini daripada terus berpanjangan.


Yang lepas biarkan berlalu, sambil sama-sama menginsafi ia telah memberi pengajaran berguna bagi kebaikan di masa depan.


Tidak perlu dipanjang-panjangkan lagi isu enam Ahli Parlimen berkenaan kerana Speaker Johari Abdul telah pun membuat keputusan muktamad mengenainya.


Yang perlu dihadapi ialah masa hadapan dan demi masa depan negara yang lebih baik, pindaan untuk memperkemaskan Akta Anti Lompat Parti perlu segera disegerakan.


Dengan sikap terbuka dan lapang dada Perdana Menteri ke arah itu, parti-parti pembangkang kini tiada pilihan lain lagi selain menyambutnya dengan sikap terbuka.


Apa yang diharapkan, dengan pindaan untuk menambah baik itu akan mengelak berlaku lagi kejadian Ahli Parlimen menyokong pihak lain tanpa meninggalkan parti asal mereka.


Kerajaan dan pembangkang 'tutup buku lama' dan semua pihak boleh bekerja demi kepentingan negara berdasarkan peranan masing-masing dengan pindaan Akta Anti Lompat Parti itu nanti.


___________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page