top of page

Israel lakukan pembunuhan besar besaran, bantu Palestin lebih tegas - MAPIM



Pembunuhan besar besaran rejim Israel ke atas umat Islam di Gaza, Palestin perlu dihalang dengan cara yang lebih tegas.


Menurut Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, negara negara Islam perlu bersikap lebih keras menghadapi Israel sesuai dengan fatwa terbaharu Kesatuan Ulama Antarangsa.


Katanya, fatwa tersebut mewajibkan negara Islam memberi sokongan keagamaan, moral, politik dan perundangan yang lebih bermakna dalam melawan Israel.


"Fatwa itu amat tepat dengan keadaan kritikal yang sedang dihadapi umat Islam dan warga Gaza sekarang.


"Sudah menjadi kewajipan syarie untuk tidak membenarkan jenayah genosid (pembunuhan beramai ramai) dilakukan oleh Israel yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa serta peraturan kemanusiaan dunia.


"Fatwa itu menegaskan kewajipan agama kepada seluruh umat Islam yang terkait membela Palestin yang ditindas dan golongan yang dhaif (mustadhafin)," katanya dalam kenyataan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Menurut Azmi lagi, rakyat Palestin telah ditindas selama 7 dekad dan tiba masanya mereka dibebaskan sepenuhnya oleh saudara seIslam yang lain.


Katanya, penaklukan dan perampasan tanah dan seterusnya menindas warga Palestin sejak 1948 selama lebih 75 tahun merupakan jenayah terang-terangan Zionis yang disaksikan dunia berdekad lamanya .


Beliau juga menyeru agar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) segera memberi perhatian kepada fatwa tersebut yang membenarkan campurtangan ketenteraan melawan Israel agar diterjemahkan ke dalam tindakan yang berkesan untuk melindungi warga Palestin serta mengembalikan semula hak mereka.


"Pelanggaran pelbagai resolusi PBB dan keangkuhan yang ditonjolkan oleh Israel yang didukung oleh Amerika Syarikat dan kebanyakan kuasa Barat, melakukan operasi paling ganas di Gaza dan Tebing Barat sehingga membunuh dengan kejam - setakat kenyataan ini dikeluarkan - menghampiri 10,000 nyawa orang awam Palestin termasuk hampir 4,000 kanak-kanak dan 3,000 wanita amat tidak boleh diterima," katanya.


Sehubungan itu, Azmi berkata ulama di Malaysia seharusnya menyambut fatwa Kesatuan Ulama Antarangsa bagi menyatukan umat Islam.


Katanya, semua usaha perlu dilakukan untuk membebaskan Palestin termasuk jihad dalam bentuk apa sahaja yang termampu dalam menyokong perlawanan terhadap kebuasan dan kekejaman Israel.


Dalam fatwa Kesatuan Ulama Antarangsa terbaharu, membenarkan intervensi ketenteraan dilakukan bagi menghalang Israel daripada membunuh lebih ramai umat Islam di Palestin.



0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page