
Oleh: Abdullah Zaid
Demi memastikan legasi Bapa Rahmah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub terus mekar, calon Pakatan Harapan (PH) Ir Nazri Abdul Rahman berhasrat menyambung semula perjuangan yang dilakukan bekas penyandang kerusi itu.
Menurutnya, legasi yang dibawa oleh bekas Timbalan Presiden Amanah itu amat bersesuaian dengan keperluan rakyat di DUN Simpang Jeram.
"Sepanjang 7 bulan program Santuni Rahmah dibuat banyak bantuan yang telah kita lakukan antara program peduli tahlil arwah yang mana kita akan melantik beberapa orang untuk menyediakan makanan bagi keluarga si mati.
"Selain itu, sumbangan pek makanan dan bantuan asnaf serta pemberian katil pesakit juga dibuat bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.
"Oleh itu, program Santuni Rahmah akan terus dibawa agar rakyat terus mendapat manfaatnya," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.
Justeru bagi memastikan kebolehmenangan kerusi DUN itu, Ir Nazri menyeru pengundi luar untuk pulang awal bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Sabtu ini.
"Saya menyeru tak kira anak muda mahupun tua yang berada di luar kawasan untuk tunaikan hak anda sebagai pengundi.
"Mudah-mudahkan dengan undi anda maka saya terpilih sebagai wakil rakyat dan Inshallah saya akan sambung legasi ini," ujarnya lagi.