IPR: Tiga langkah jana pendapatan berterusan golongan B40
- Redzuan Shamsudin

- Feb 26, 2023
- 2 min read

Kerajaan Perpaduan hari ini memperkenalkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), satu program baharu di bawah Kementerian Ekonomi untuk membantu golongan dalam kategori miskin tegar dan B40 memperbaiki kehidupan mereka.
Menurut menterinya, Mohd Rafizi Ramli, IPR meliputi beberapa formula untuk golongan sasar, sama ada melalui usaha pertanian mahu pun perniagaan.
Cuma katanya, berbanding sebelum ini, kerajaan akan membimbing golongan berkenaan selama 24 bulan selain menyediakan bantuan.
"Usaha seperti ini telah bermula sejak puluh tahun lalu, cuma kita ada maslaah utama dalam melaksanakan dan ini kita perlu perbaiki.
"Kali ini kita padankan (kemahiran peserta dan usaha ekonomi) supaya ia berkekalan. Supaya dengan itu mereka akan dapat keluar dari kepompong kemiskinan
"Sebelum ini kerajaan memberikan kelengkapan, kalau nak berniaga beri mesin (dan sebagainya). Ada yang berjaya dan keluar dari kemiskinan, juga satu risiko pula selepas 2 - 3 bulan kerana persekitaran perniagaan (persaingan) mesin tak pakai dan mereka kembali kepada keadaan sebelum itu.

"Risiko kembali ke kemiskinan ini kita ambil kira untuk menjana templete penjanaan pendapatan yang kita yakin akan ada lebih upaya untuk memastikan kelangsungan penjanaan pendapatan.
"Juga mesti ada pertanggungjawaban berkumpulan, mereka (peserta) wajib menyertai koperasi setempat untuk penerima bantuan. Iaitu Koperasi Basmi Miskin Tegar atau Kobmit. Dia kena commit kepada usaha ini," kata Rafizi dalam ucapan pelancaran IPR di Ampang, Selangor, pagi tadi.
Tambah Rafizi, bantuan IPR itu juga akan disertai dengan eko-sistem yang sentiasa menggalakkan dan mendorong golongan penerima bantuan terus berniaga, termasuk sokongan pihak yang telah sedia berjaya dalam perniagaan, GLC dan sektor swasta utama.
"Sebab itu bantuan IPR ini (diberi berkala) setiap bulan sehingga 24 bulan. Jumlah itu (bantuan) sama atau lebih daripada sebelum ini tetapi tidak dapat tunai sekaligus, kerana setiap templete itu dirangka kosnya. Mereka akan dapat bantuan tunai (elaun) sementara aktiviti itu matang.
"Aktiviti penjanaan dipilih peserta dipadankan ikut templete kemudian pihak kerajaan dan swasta melakukan kajian berdasarkan permintaan setempat. Misalnya kalau semua nak jual donat susu maka semua buat, akhirnya semua bermasalah (kurang pelanggan)," katanya.
Jelas Ahli Parlimen Pandan itu lagi, terdapat kaedah 3 utama IPR. Pertama penerima bantuan. Kedua, pembimbing, sama ada peniaga setempat yang membeli produk atau NGO serta sukarelawan setempat untuk membimbing peserta dalam perniagaan dan pemasaran.
Pembimbing juga, kata Rafizi akan mendapat bantuan agensi kerajaan dan ketiga adalah rakan niaga.
"Saya berterima kasih kepada kumpulan awal rakan niaga seperti kumpulan Prasarana, kumpulan peruncitan utama negara
"Dan tentunya saya berteima kasih kepada kerajaan Selangor dan Negeri Sembilan sebab mereka bersetuju menyediakan khidmat tertentu yang sebelum ini ditawarkan Kerajaan Negeri," katanya.
Menurut data perangkaan sekatar Disember 2022 terdapat 126,372 isi rumah yang diketegorikan sebagai miskin tegar dan 2.91 juta pula diketegorikan dalam B40 yang kedua dua golongan berada dalam pengkalan data e-kasih.




Luluskan pengeluaran KWSP one-off tu duit rakyat,bukan duit kerajaan