top of page

IPR: Penyokong PN jangan cemburu, pendapatan peserta RM2,000 seminggu



Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) telah menuai cemuhan dan kejayaan selepas seminggu dilancarkan.


Menurut Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli, tular video mempertikaikan Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) - salah satu program di bawah IPR - yang mana peserta boleh menjual nasi lemak di mesin vending di stesen LRT.


Katanya, penyokong PN yang dengki telah membuat video kononnya pembelian melalui mesin itu bermasalah dan nasi lemak sering terburai.


"Ada sebuah portal yang selalu pro kepada bekas pemimpin KEADILAN yang melompat lapor baru-baru ini konon inisiatif membantu miskin tegar dan B40 melalui penjualan makanan di mesin vending menemui masalah.


"Alasannya sebab konon makanan terburai dan susah nak bayar.


"Saya terjumpa video ini di YouTube. Review bebas yang dibuat netizen. Orang ramai boleh nilai sendiri.


"(Sebenarnya) tak de masalah pun, cuma bila tak boleh nak pertikai dia salahkan mesin," katanya.

Mesin vending IPR yang dipertikai oleh penyokong PN

Kata Ahli Parlimen Pandan itu lagi, sekiranya penyokong PN terbabit mengetahui pendapatan peserta awal yang menjual nasi lemak di mesin vending itu, pasti mereka akan memujinya.


Tambah Rafizi, perolehan menjual nasi lemak itu jauh lebih baik daripada pendapatan peserta tersebut sebelumnya.


"Pendapatan harian sepanjang seminggu menunjukkan kaedah ini boleh menjana untung bersih RM2,500 sebulan kepada penerima.


"Tanpa kaedah ini, ramai suri rumah atau keluarga miskin tidak ada peluang berniaga kerana kos sewa kedai atau operasi gerai perlu ditanggung. Kemudian perlu mencari tempat dan dapatkan lesen.


"Kalau pun dah ada niat nak berniaga, takkan semua tempat penuh dengan gerai yang perlu dijaga sepanjang masa," katanya.


Bagi Rafizi, tidak syak lagi mesin vending akan menjadi fenomena perniagaan masa hadapan dan boleh membawa kepada perkembangan industri memasang mesin tersebut di seluruh negara.


"Jika lebih ramai peniaga dan pembeli bertukar kepada mesin vending untuk menjual makanan siap, ia akan mempercepatkan pertumbuhan industri mesin vending yang akan menyediakan peluang pekerjaan baru kepada anak muda berkelulusan teknikal dan kejuruteraan.


"Jangan marah saya kalau masa mereka (PN) jadi kerajaan dulu tidak terfikir untuk laksana.


"Paling kurang, gembiralah untuk keluarga miskin yang dapat peluang jana pendapatan macam ini," katanya lagi.


Program IPR dilancarkan minggu lalu dan mempunyai 3 program iaitu Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) yang belum bermula dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).


Rakyat berpendapatan B40 boleh memohon untuk menyertai salah satu program tersebut dengan mengisi permohonan di https://ipr.epu.gov.my/login

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page