top of page

Intervensi pendidikan dilaksana tanpa gugat dasar sedia ada - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 57 minutes ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus memberi tumpuan kepada agenda reformasi pendidikan dengan pelaksanaan pelbagai intervensi tanpa menggugat dasar sedia ada.


Menterinya, Fadhlina Sidek (gambar) menegaskan, beliau tidak mahu membuat perubahan terburu-buru kerana ia boleh memberi impak besar kepada murid, guru dan keseluruhan ekosistem pendidikan.


"Pendidikan adalah proses berterusan, tidak seperti bidang lain yang boleh diukur dalam jangka pendek. Menuai hasil dalam pendidikan mengambil masa, mungkin 10 atau 15 tahun. Apa yang utama adalah memastikan perkara yang betul dilakukan demi masa depan generasi akan datang," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, sejak menerajui KPM lebih dua tahun lalu, fokus utama adalah memastikan setiap perancangan berjalan lancar dan mencapai matlamat. Antara langkah awal yang diambil ialah menyusun semula gerak kerja di semua peringkat bagi menangani ‘learning loss’ pasca pandemik Covid-19.


"Mungkin ada cakap-cakap, mengapa tiada perubahan dalam pendidikan negara walaupun setelah lebih dua tahun saya menerajui Kementerian Pendidikan (KPM).


"Sebetulnya saya tidak mahu melayan telahan sebegini kerana ada pelbagai tugasan penting dan gerak kerja yang sedang direncanakan," tambahnya.


Antara usaha yang sedang dilaksana antaranya intervensi kurikulum bagi mengatasi isu kepadatan tanpa menjejaskan struktur sedia ada, selain program saringan dan intervensi 3M untuk murid Tahun 1.


Selain itu agenda Reformasi Pendidikan turut digerakkan berteraskan enam fokus utama iaitu intervensi kurikulum, peluasan prasekolah, pemerkasaan STEM dan TVET, pendidikan digital, pemartabatan bahasa Melayu serta pengukuhan bahasa Inggeris.


Tambahnya, usaha juga sedang diperkasa melalui penyediaan Kurikulum Persekolahan 2027 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2026-2035, selain giat menangani isu kekurangan guru dan sekolah daif.


"Tahun ini, KPM bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) melaksanakan pengambilan guru dua kali setahun, termasuk inisiatif khas untuk Sabah dan Sarawak. Projek pembangunan semula sekolah daif juga sedang berjalan bagi memastikan akses pendidikan lebih baik untuk semua murid.


"Baru-baru ini, RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 yang mewajibkan pendidikan menengah telah diluluskan di Dewan Rakyat. Ia merupakan langkah besar yang memerlukan iltizam dan kehendak politik yang tinggi serta tidak pernah dilakukan sebelum ini," kata Ahli Parlimen Nibong Tebal itu menerusi kenyataan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page