top of page

Intervensi bekalan beras: Kerajaan Perpaduan lebih cekap banding era PN


Oleh: Abdullah Zaid


Langkah intervensi pasaran yang dilakukan Kerajaan Perpaduan bagi menjamin Bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) di seluruh negara stabil wajar dipuji kerana efisiensinya.


Menurut Pengerusi Biro Petani KEADILAN, Dr Azman Ismail, berbanding era Perdana Menteri Mahiaddin Yassin tidak ada usaha yang konsisten dilakukan untuk menyelesaikan masalah pertanian atau kekurangan bahan makanan, terutama dalam sektor padi dan BPT negara.


"Berbanding era PN, memang tiada usaha mengatasi masalah-masalah pokok isu pertanian semasa mereka memerintah khususnya dalam sektor padi dan beras.


"Masalah seperti tanah jerlus yang teruk berlaku pada musim menuai di era pemerintahan PN misalannya, hampir tidak ada usaha dibuat (untuk mengatasinya) oleh Kerajaan PN ketika itu," kata Dr Azman kepada Suara Keadilan.


Mantan Ahli Parlimen Kuala Kedah itu berkata demikian bagi ketika ditanya mengenai langkah intervensi Kerajaan Perpaduan dalam Bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) negara berbanding era pentadbiran Mahiaddin.


Mengulas lanjut, Azman berkata, komitmen Kerajaan Perpaduan ketika ini bukan sahaja akan meningkat hasil pengeluaran padi negara malah turut menumpukan kualiti kehidupan pesawah agar lebih terbela.


"Era Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri inilah yang dilihat kesungguhan untuk meningkatkan hasil sawah dan juga kehidupan para pesawah.


"Hal ini boleh dilihat dengan segala usaha tambahan Kerajaan Perpaduan seperti menaikkan subsidi padi, berusaha menanam padi 5 kali dalam 2 tahun, memastikan bekalan benih padi yang berkualiti mencukupi dan sebagainya," ujarnya lagi.


Untuk rekod, semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, satu langkah intervensi Program Khas BPT bagi meningkatkan lebih 20 peratus kuota pengeluaran beras di pasaran seluruh negara sedang diusahakan.


Menurutnya, langkah itu dibuat bagi menjamin bekalan dan harga beras tempatan daripada berlaku kenaikan harga secara mendadak.


Langkah itu susulan tindakan India menghentikan eksport berasnya ke luar negara, sekali gus meningkatkan harga import makanan ruji itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page