top of page

Institusi pondok perlu mendalami pelbagai ilmu tunjang negara Madani



Institusi pondok di negara ini berjasa besar dalam mempertahankan nilai keislaman orang Melayu ketika era penjajahan Inggeris.


Hal itu diungkapkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Melele di Kedah.


Katanya, institusi pondok di Malaysia dan pesantren di Indonesia adalah benteng umat mempertahankan akidah daripada dilanggar penjajah Barat.


Bagaimanapun, katanya, institusi pondok perlu juga mengembangkan pendidikan kepada ilmu ilmu selain agama untuk menjawab perkembangan terkini.


"Walaupun pondok pondok kekal tradisi dan turath tetapi juga perlu menguasai pelbagai ilmu supaya dapat menghadapi tantangan zaman. Kalau kita kekal dengan yang lama sahaja maka kemungkinan arus perubahan, tekanan dari luar tak dapat di tahan.


"Bagaimana boleh kita cantum semangat kedua duanya?


"Sebab itu di negara ini kita ungkap dalam Madani. Madani tidak sama dengan konsep yang dibawa oleh filasuf atau dari Barat. Ia masih berakar kepada keyakinan, nilai dan akhlak


"Sama ada kita bicara soal ekonomi, atau negara, digital, dia tidak boleh terpisah daripada nilai


"Sebab itu kita bicara soal kemampanan yang mesti ditegakkan dengan nilaai," katanya.


Justeru PM menekankan, sama ada yang belajar di pondok atau yang mengurus ekonomi negara, semua perlu faham falsafah Madani.


Katanya, rakyat tidak boleh rakyat dibiar miskin dalam masa yang sama pentadbir pula tidak boleh sering berhutang sehingga RM1.5 trilion untuk memenuhi keperluan rakyat.


"Sebab itu orang yang mengurus ekonomi harus faham apa itu Madani. Belanja lebih, apa itu defisit. Pendapatan RM1000, belanja RM1500. Ini yang kita alami puluhan tahun. Sekarang kita ubah. Kurangkan belanja. Jangan bebankan rakyat," katanya.


Selain itu, kata Anwar, dalam pentadbirannya beliau juga mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyelami dan mendalami lebih banyak daripada bidangnya; termasuk ekonomi, digital dan sebagainya.


Biar pun ada orang bukan Islam, katanya, mula mencurigai apakah PM mahu JAKIM menyerapkan fahaman Islam ke dalam semua institusi negara.


Namun bagi beliau hal itu penting bagi melahirkan muslim yang sederhana dan Madani dalam semua sektor agar negara tidak terlibat dalam pertentangan golongan keras dan sederhana yang akan menyusahkan semua rakyat sekiranya tidak dibendung.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page