top of page

Insiatif PeKa B40 dijenama semula tingkat keberkesanan - Fahmi

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
3 hours ago
1 min read
Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil. Gambar arkib
Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil. Gambar arkib

Kerajaan MADANI bakal menjenamakan semula Program Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) bagi meningkatkan keberkesanannya menangani penyakit tidak berjangkit (NCD).


Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan pindaan program di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) itu.


"Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan pindaan kepada program PeKa B40 di bawah KKM.


"Program ini akan dijenamakan semula sebagai PeKa Sihat dan maklumat penuh akan diumum oleh pihak KKM kelak," katanya dipetik laporan media.


Beliau yang juga Menteri Komunikasi ditemui selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada Jumaat.


PeKa B40 merupakan inisiatif kerajaan bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit.


Golongan yang layak ialah penerima sumbangan Tunai Rahmah (STR) berusia 40 tahun dan ke atas dan pasangan yang berdaftar.


Sementara itu menurut Fahmi, KKM sedang menyelaras beberapa perkara bagi memastikan program berkenaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.


Langkah ini termasuk mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan dengan memanfaatkan premis di bawah program PeKa B40.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page