top of page

Insentif RM 2,000 penjawat awam dan RM 1,000 kepada pesara - PMX



Penjawat awam bakal menerima pemberian bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 23 Februari ini.


Durian runtuh yang diumumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut melibatkan golongan pesara.


Kata Anwar, insentif itu akan membabitkan bayaran sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.


"Turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.


"Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen," katanya di Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan, hari ini.


Pada 13 Oktober lalu, Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat mengumumkan, bayaran insentif bernilai RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak pada akhir Februari 2024.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page