top of page

Insentif Pengeluaran Getah untuk Julai diaktifkan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 2, 2023
  • 1 min read


Pekebun kecil seluruh Malaysia layak menerima bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari 1 hingga 31 Julai berdasarkan pengeluaran getah pada Jun lalu.


Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata IPG getah cuplump (getah sekerap) dan lateks teraktif bagi Jun di Semenanjung Malaysia ialah 30 sen sekilogram untuk 50% kandungan getah kering (DRC) dan 60 sen sekilogram untuk 100% DRC.


Bagi Sabah, kadarnya ialah 65 sen sekilogram bagi 50% DRC dan RM1.30 sekilogram bagi 100% DRC, manakala bagi Sarawak kadarnya ialah 60 sen sekilogram bagi 50% DRC dan RM1.20 sekilogram bagi 100% DRC.


Sementara itu, kadar IPG bagi lateks ialah 90 sen sekilogram bagi 100% DRC.


Pada Jun, LGM berkata purata harga di peringkat ladang untuk getah cuplump ialah RM2.40 sekilogram untuk Semenanjung Malaysia, RM2.05 sekilogram untuk Sabah dan RM2.10 sekilogram untuk Sarawak.


LGM berkata IPG akan diaktifkan jika purata harga bulanan di peringkat ladang bagi getah di peringkat ladang adalah di bawah paras RM2.70 sekilogram mulai Januari.


Kenaikan Paras Harga Pengaktifan (PHP) baharu adalah inisiatif yang dibuat oleh kerajaan dalam Belanjawan 2023 bagi membantu pekebun kecil getah.


Ia bersifat serampang dua mata iaitu bertujuan untuk mengurangkan beban ekonomi pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh bagi meningkatkan pengeluaran getah negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page