top of page

Insentif Demokrasi: Umno BN membisu, takut kepada anak muda?



Anak muda perlu menyedari sama ada mereka dihargai oleh pemimpin Umno BN atau sebaliknya dalam proses membuang undi pada 19 November ini.


Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Lee Chean Chung berkata, pemimpin Umno BN yang merupakan pemimpin Kerajaan Peralihan ketika ini seolah olah tidak prihatin kepada anak muda yang akan menghadapi kesukaran mengundi apabila mereka berdiam diri terhadap Insentif Demokrasi yang beliau cadangkan baru baru ini.


"Selepas 48 jam KEADILAN mencadangkan Insentif Demokrasi diberikan kepada semua pengundi baru yang berumur antara 18 hingga 21, dan juga mereka yang sedang menuntut di IPTA/IPTS, politeknik, kolej komuniti dan institut latihan perindustrian, Kerajaan Peralihan Umno BN masih membisu dan tidak memberikan apa-apa maklum balas.


"Insentif ini pastinya akan dapat menarik minat anak-anak muda keluar mengundi, serta dapat sedikit sebanyak mengurangkan kos pengangkutan mereka yang masih belum bekerja.


"Pengiraan KEADILAN mendapati bahawa impak kewangan adalah kecil berbanding jumlah kos pilihanraya sekiranya Kerajaan memutuskan untuk membantu kelompok ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, pagi tadi.


Menurut Chean Chung, sekiranya Kerajaan bermurah hati membuat pembayaran one-off sebanyak RM50 kepada 1.2 juta pengundi Undi 18 dan 500,000 mereka yang berumur umur 21 tahun tetapi masih belajar maka mereka akan membelanjakan RM85 juta, iaitu kurang 8% daripada jumlah kos pilihanraya.


Katanya, biar pun bantuan tidak kelihatan besar namun akan memberi keringanan kepada anak muda pulang ke kampung dan mengundi.


"Bagaimanapun Kerajaan Peralihan nampaknya langsung tidak berminat menggalakkan anak-anak muda keluar mengundi.


"Perdana Menteri Peralihan Datuk Seri Ismail Sabri telah pun hilang daripada perhatian orang ramai selama seminggu ini. Beliau sibuk menyelamatkan diri daripada kemelut dalaman Umno dan sudah tidak ada masa menguruskan pentadbiran harian kerajaan.


"Selain itu, Presiden Umno Ahmad Zahid juga dilihat sibuk menyusun percaturan supaya beliau boleh diangkat sebagai calon Perdana Menteri.


"Cantas-mencantas berlangsung sehingga hari ini dalam Umno dan sesama BN. Jelas mereka telahpun lupa bahawa terdapat ramai anak muda dan rakyat yang masih tidak sedar mereka telahpun menjadi pengundi yang sah," katanya.


Oleh itu, calon parlimen Petaling Jaya itu berharap anak muda lebih terbuka fikiran dan memilih untuk menyokong pihak yang mengutamakan kebajikan mereka.


Katanya, kerajaan Umno BN tidak pun menghargai undi anak muda, apatah lagi untuk memenuhi tuntutan mereka sekiranya mereka menjadi kerajaan.


"Saya berharap majoriti rakyat sedar isu dan dasar anak muda hanya merupakan permainan Umno BN. Pengabaian kepada tuntutan insentif ini juga membuktikan bahawa Umno BN sebenarnya takut kepada anak-anak muda sekiranya mereka berani turun ramai-ramai dan mengundi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page