top of page

Insentif baharu perkhidmatan awam petanda ekonomi negara kian kukuh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 25 minutes ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Pengumuman pelbagai insentif oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini kepada penjawat awam merupakan isyarat positif terhadap pemulihan ekonomi negara dan keupayaan kewangan kerajaan.


Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse (gambar) berkata perkhidmatan awam yang cekap dan profesional akan menjadi tulang belakang kepada pertumbuhan ekonomi, menarik keyakinan pelabur, dan meningkatkan persepsi rakyat terhadap kerajaan.


"Pengumuman PMX ini merupakan komitmen kerajaan Madani untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok 30 ekonomi terbaik dunia menjelang Rancangan Malaysia Ke-13.


"Langkah ini dilihat penting bagi memastikan penjawat awam tidak ketinggalan dengan perkembangan teknologi semasa, khususnya dalam bidang digital, automasi, dan kecerdasan buatan (AI)," kata Jimmy Puah kepada Suara Keadilan.


Antara insentif yang diumumkan Perdana Menteri pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-20 adalah penambahbaikan skim Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA).


Turut diumumkan adalah pemerkasaan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) sebagai pusat rujukan kecemerlangan perkhidmatan awam di peringkat Asia dan global, program Inisiatif APEL.Q @ INTAN dengan peruntukan RM1.5 juta pada tahun 2026 selain penambabaikan kemudahan cuti Haji bagi kakitangan awam beragama Islam.


"Penjawat awam yang melanjutkan pengajian bukan sahaja meningkatkan ilmu, malah memperoleh pendedahan industri sebenar.


"Ini membolehkan mereka membawa pulang pengetahuan terkini untuk diaplikasikan dalam sistem pentadbiran negara," kata Jimmy Puah.


Tambah beliau, peningkatan kecekapan dan profesionalisme penjawat awam akan memberi kesan langsung kepada pengalaman rakyat antaranya ketika berurusan di kaunter kerajaan, hospital, mahupun pejabat tanah.


"Kalau dahulu orang pergi kaunter hanya dilayan seadanya, sekarang kita mahu ia berbeza, mesra, cekap, dan pantas.


"Inilah wajah baharu kerajaan yang ingin ditonjolkan," ujarnya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page