top of page

Inkues Zara: Pakar patologi antara 70 saksi bakal dipanggil

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 2 min read
ree

Oleh: Helmi Foad


Pihak pendakwa raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali prosiding inkues kematian remaja Zara Qairina Mahathir bercadang untuk memanggil kira-kira 70 saksi bagi memberi keterangan di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah pada bulan depan.


Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan semalam berkata, saksi utama yang akan dipanggil antaranya ialah pakar patologi yang melakukan pemeriksaan bedah siasat terhadap jenazah mangsa bagi menjelaskan punca kematian.


Prosiding inkues itu ditetapkan berlangsung pada 3 hingga 5, 8 hingga 12, 17 hingga 19, 22 hingga 26 serta 29 hingga 30 September depan selaras dengan Subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].


"Pasukan pegawai pengendali telah membuat persiapan rapi termasuk penyediaan dokumen untuk dikemukakan semasa prosiding serta penyerahan kepada peguam pihak berkepentingan," kata kenyataan itu.


Kenyataan itu dikeluarkan ketika terdapat pihak merancang mengadakan perhimpunan "No Justice No Merdeka" berkaitan kes Zara di Sabah pada hujung minggu ini.


AGC berkata prosiding inkues itu akan disertai disertai peguam pemerhati yang dilantik Mahkamah Koroner dan pihak berkepentingan iaitu ibu Zara Qairina yang diwakili Tetuan Hamid & Co manakala beberapa firma guaman lain mewakili pihak lain termasuk pesalah kanak-kanak.


Sabah Law Society pula bertindak sebagai peguam pemerhati, jelasnya.


"Jabatan ini berpegang kepada prinsip keadilan bukan sahaja hendaklah dilaksanakan tetapi juga hendaklah dilihat sebagai telah dilaksanakan (justice must not only be done but must also be seen to be done)," demikian menurut kenyataan itu.


Zara Qairina, 17, dilaporkan meninggal dunia pada Mei lalu selepas terlibat dalam satu insiden membabitkan sekumpulan remaja di Kota Kinabalu.


Kes berkenaan mencetuskan perhatian umum apabila keluarga mendakwa kematian mempunyai unsur jenayah dan menuntut siasatan telus.


Polis pada awalnya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut sebelum dirujuk kepada pihak pendakwa raya yang kemudian memohon agar inkues diadakan bagi menentukan punca kematian sebenar.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page