top of page

Inisiatif sukarelawan SPM, usaha berterusan KPM kurangkan beban guru

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berikhtiar menangani beban tugas para guru, tegas menterinya Datuk Seri Fadhlina Sidek (gambar).


Menerusi hantaran di Facebook beliau pada Khamis, Fadhlina memaklumkan inisiatif sukarelawan peperiksaan SPM diperkenal kementerian itu sejak 2023 telah berjaya mencapai hasrat tersebut.


"Jumlah keseluruhan sukarelawan yang telah berkhidmat sepanjang tiga tahun pelaksanaan inisiatif bertujuan meringankan beban tugas guru kini mencecah 20,997 orang.


"Seramai 8,006 sukarelawan dilantik membantu pengendalian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini , jumlah tertinggi sejak inisiatif berkenaan diperkenalkan pada 2023," katanya.


Menurut Fadhlina, sebaik dilantik sebagai Menteri beliau telah menyatakan visinya untuk memastikan kesejahteraan guru dengan pelaksanaan usaha yang berterusan dalam mengurangkan beban mereka.


Langkah itu dimulakan bermula pada sesi persekolahan 2023/2024 menerusi pemansuhan pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberi impak besar terhadap pembelajaran murid.


KPM baru-baru ini turut memansuhkan Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPL KPM) sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan mengurangkan beban tugas pendidik sekaligus membolehkan mereka memberi sepenuh tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.


"Kami tidak akan pernah berhenti berikhtiar, mencari jalan bagi menangani beban tugas guru," tambah Fadhlina dalam hantaran sama.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page