top of page

Inisiatif spektrum 5G masih kabur, perjanjian syarikat telekomunikasi - DNB belum selesai



Inisiatif spektrum 5G yang akan memudahkan rakyat Malaysia mendapat kemudahan terkini dalam spektrum rangkaian mudah alih masih tidak diketahui perkembangannya.


Menurut Jurucakap Telekomunikasi KEADILAN, Syed Ibrahim Syed Noh, janji kerajaan bahawa rakyat akan menikmati gelombang 5G menjelang hujung tahun ini masih terawang awang berikutan tiadanya pengumuman perjanjian di antara syarikat pembekal 5G Digital Nasional Berhad (DNB) bersama 6 syarikat telekomunikasi yang dikatakan berminat.


Malah, katanya, Menteri Telekomunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa juga tidak mengumumkan sebarang perkembangan terbaharu.


"Dalam sidang Dewan Rakyat yang lepas, saya telah membangkitkan beberapa persoalan kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia (KKOM) berkenaan pemilikan ekuiti, dan saya terima baik tawaran pemilikan ekuiti dalam Digital Nasional Berhad

(DNB) kepada syarikat-syarikat telekomunikasi lain kerana ia positif bagi inisiatif pelaksanaan 5G.


"Tetapi, ada tiga perkara yang menyebabkan saya tertanya dan gusar kerana Annuar (dalam kenyataan dan tindakannya) bersifat mengelirukan serta tidak jujur dalam menyampaikan maklumat yang dikeluarkan kepada umum," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Ledang itu, Annuar pada Mei lalu pernah mengumumkan syarikat-syarikat telekomunikasi diberi tempoh masa sehingga 30 Jun 2022 untuk memuktamadkan perbincangan terkait tawaran perkongsian ekuiti oleh DNB


Kemudian katanya, pada 30 Jun 2022, laporan The Edge memetik Annuar menyebut enam syarikat telekomunikasi tempatan telah menyatakan persetujuan menyertai tawaran perkongsian ekuiti bersama DNB. Beliau juga berkata perjanjian antara DNB dan syarikat-syarikat telekomunikasi terlibat akan dimeterai dan diumumkan menjelang 8 Julai 2022.


"Namun sehingga hari ini, belum ada sebarang pengumuman berkenaan perjanjian yang dimeterai ini. Malah, tiada sebarang makluman oleh mana-mana syarikat telekomunikasi sehingga saat ini meskipun ia merupakan satu keputusan besar terutamanya kepada syarikat yang berdaftar di dalam Bursa Malaysia.


"Saya tidak pasti bagaimana Annuar yakin menyatakan menjelang bulan September 2022, pengguna-pengguna akan mula menikmati perkhidmatan 5G berfasa sedangkan kerumitan perkongsian ekuiti dan kerjasama dengan syarikat-syarikat

telekomunikasi masih tidak dapat dirungkai," katanya.

Syed Ibrahim Syed Noh

Menurut Syed Ibrahim lagi, pengumuman oleh Annuar seperti dalam laporan Bernama pada awal Mei 2022 menyebut bahawa syarikat telekomunikasi YTL dan Telekom Malaysia telah menandatangani perjanjian bersama DNB.


Bagaimanapun, katanya menurut maklumat yang diperolehi beliau perkara tersebut tidak disahkan dengan jelas oleh Telekom Malaysia sendiri.


Katanya, Telekom hanya menandatangani perjanjian perkhidmatan penyewaan rangkaian fiber, bukan Reference Access Offer (RAO) iaitu dokumen yang menggariskan perincian tawaran perkhidmatan 5G oleh DNB.


"Enam syarikat telekomunikasi yang kononnya bersetuju untuk menandatangani perjanjian bersama DNB seperti Annuar umumkan juga tidak berbuat demikian. Takkan syarikat telekomunikasi ini tidak teruja menawarkan 5G sampai tak mengeluarkan sebarang kenyataan?


"Inilah yang saya sebut mengelirukan. Tidak tepat, tidak telus dan tidak realistik


"Atas kekhuatiran ini, saya menggesa kerajaan terutamanya pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKOM) menerangkan perincian garis masa yang baharu dan telus mengenai inisiatif ini," katanya.


Selain itu, Syed Ibrahim juga membawakan isu berkaitan tawaran kadar borong oleh DNB kepada syarikat-syarikat telekomunikasi yang dianggap kurang sesuai.


"Saya difahamkan tawaran ini dilihat tidak munasabah kerana syarikat-syarikat telekomunikasi terikat dengan kadar tetap RM30,000 per Gbps yang sama untuk tempoh 10 tahun. Apakah ini menjadi punca utama mengapa RAO masih tidak dipersetujui oleh syarikat telekomunikasi?


"Dalam masa sama, syarikat telekomunikasi gergasi iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile telah mengeluarkan kenyataan bersama perbincangan dengan DNB berkenaan RAO masih tidak menghasilkan kata putus.


"Saya menggesa Annuar dan Kementerian Kewangan untuk bersikap lebih telus dalam menjelaskan kedudukan sebenar pelaksanaan insiatif 5G tanpa mengelirukan pasaran dan rakyat," katanya lagi.


Inisiatif tersebut, kata Syed Ibrahim sangat penting kerana ia melibatkan kos yang amat besar, sekitar RM 20 bilion dan tidak boleh diambil ringan hanya untuk political score dan bersifat indah khabar dari rupa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page