top of page

Inisiatif MAPPA 20 pacu perkhidmatan awam kualiti dunia pertama

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 2
  • 2 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Penjawat awam Malaysia bakal melangkah ke era baharu melalui pelbagai inisiatif seperti mana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-20 (MAPPA 20) dengan matlamat menjadikan pentadbiran negara setaraf perkhidmatan berkelas dunia.


Exco Wanita KEADILAN, Rozy Razit (gambar) berkata inisiatif tersebut termasuk peluang melanjutkan pengajian, elaun tambahan dan kemudahan tempat tinggal yang bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan kakitangan kerajaan, malah bertujuan memperkukuh kompetensi serta daya saing mereka di peringkat global.


"Kerajaan tidak mahu perkhidmatan awam sekadar cekap dalam mengurus, tetapi juga berilmu, berkemahiran tinggi dan mampu beradaptasi dengan cabaran baharu.


"Apabila kerajaan berani memperuntukkan insentif tambahan, ia bukan sekadar angka dalam bajet. Ia simbol keyakinan terhadap arah ekonomi kita.


"Inilah asas untuk membina pentadbiran berkelas dunia," kata ketika diminta mengulas pengumuman inisiatif yang dibuat perdana menteri terhadap sektor awam sebelum Hari Kebangsaan lalu.


Dalam pada itu, langkah inisiatif itu juga dilihat sebagai pelaburan jangka panjang yang akan menjadikan penjawat awam lebih fokus terhadap tugas tanpa terbeban mencari pendapatan tambahan.


Katanya dengan pengiktirafan dan kemudahan yang lebih baik, kakitangan awam dijangka dapat memberikan perkhidmatan lebih efisien dan profesional kepada rakyat.


Selain itu, katanya, usaha pendigitalan perkhidmatan seperti di Jabatan Pendaftaran Negara, Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan perlu dioptimakan bagi mempercepatkan urusan rakyat. Langkah itu perlu agar sistem pentadbiran tidak lagi terlalu kerap berubah setiap kali berlaku pertukaran kepimpinan, demi memastikan konsistensi dan keberkesanan jangka panjang.


Dengan hala tuju baharu ini, kerajaan berharap 1.6 juta penjawat awam bukan sahaja berperanan sebagai penggerak pentadbiran negara, tetapi juga menjadi duta profesionalisme dan integriti Malaysia di mata dunia.


"Kerajaan menekankan hasrat untuk menjadikan perkhidmatan awam ni sebagai perkhidmatan yang berkelas dunia


"Dengan langkah menyediakan peluang sambung pengajian, elaun tambahan serta kemudahan tempat tinggal adalah pelaburan jaga panjang juga supaya penjawat awam bukan sahaja cekap dari segi pentadiran tapi juga kompeten dengan ilmu.


"Pembaikan dan pemerkasaan boleh menjadikan Malaysia sebagai rujukan kecemerlangan pentadiran," katanya lagi.


Antara diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali ke-20 (MAPPA 20) beberapa inisiatif penting iaitu pelaksanaan program pembelajaran sepanjang hayat melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA), Program Inisiatif APEL.Q @ INTAN dan penambahbaikan kemudahan cuti Haji.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page