top of page

Inisiatif lampu solar tingkat keselesaan, keselamatan penduduk KKB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ADN KKB Pang Sock Tao (kanan sekali) mendengar masalah penduduk
ADN KKB Pang Sock Tao (kanan sekali) mendengar masalah penduduk

Keprihatinan Kerajaan MADANI serta negeri Selangor dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus dizahirkan menerusi pemasangan 20 lampu solar di sekitar Kuala Kubu Bharu (KKB).


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) KKB, Pang Sock Tao berkata inisiatif itu telah dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi meningkatkan keselesaan penduduk setempat sekaligus mengurangkan risiko kemalangan di kawasan yang kurang pencahayaan


"MPHS telah memasang 20 lampu solar dan akan menambah pemasangan pada masa akan datang bagi memastikan kawasan perumahan lebih selamat dan selesa," katanya menerusi perkongsian di Facebook.


Hantaran itu menyusul sesi ramah mesra bersama komuniti setempat bagi membuka ruang kepada penduduk menyuarakan aduan dan isu setempat supaya dapat mencari penyelesaian secara berperingkat dan berkesan.


Sesi tersebut dihadiri wakil persatuan penduduk, warga emas, persatuan ukhwah, pihak surau dan turut dihadiri wakil Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Ahli Majlis Zon 7 Lembah Beringin.


Pada pertemuan itu juga, Sock Tao turut memaklumkan isu berkaitan jalan persendirian menghubungkan Lembah Beringin dan Kerling menunjukkan kemajuan positif apabila pemilik tanah telah memberi persetujuan untuk kerja penyelenggaraan.


"Persetujuan ini membuka ruang kepada tindakan susulan demi keselamatan serta kelancaran pergerakan penduduk," tambahnya.


Berdasarkan semakan, Kerajaan Selangor memperuntukkan RM1.3 bilion tahun ini untuk pembangunan, dengan RM404.17 juta khusus bagi infrastruktur.


Fokus ialah kepada bekalan air bersih, pengurusan sisa pepejal, dan penambahbaikan jalan raya serta sistem saliran.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page