top of page

Inisiatif baru KPM menjelang penggal persekolahan dipuji



Langkah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi kelonggaran untuk pelajar tidak berkemampuan mengenakan baju-T bersesuaian semasa mengikuti aktiviti kokurikulum badan beruniform di sekolah menerima reaksi positif.


KEADILAN Cabang Kemaman dalam satu kenyataan menyambut baik langkah itu kerana dapat meringankan beban yang terpaksa dihadapi ibu bapa pelajar terutama tarikh penggal baru persekolahan dan kedatangan Ramadan juga berlaku pada tempoh yang berdekatan.


"Juga keputusan Kementerian supaya tiada sesi pembelajaran akademik bagi minggu pertama persekolahan juga disambut baik.


"Ini membolehkan pelajar-pelajar baru terutamanya pelajar tahun satu dan tingkatan satu mempunyai lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan yang baru, di samping memberi peluang kepada pelajar yang lain membuat persediaan sebelum sesi pembelajaran bermula.


"KEADILAN Kemaman juga mengucapkan tahniah kepada Fadlina Sidek yang mengorak langkah mentransformasikan pendidikan negara ke arah yang lebih baik dan berkualiti selaras dengan konsep Malaysia Madani," kata kenyataan itu.


Fadhlina pada Isnin mengumumkan kelonggaran untuk pelajar mengenakan baju-T bersesuaian untuk aktiviti kokurikulum.


Kelonggaran juga diberikan untuk pelajar terlibat banjir bagi membolehkan mereka dapat menghadiri sesi persekolahan walaupun tanpa mengenakan pakaian seragam.


Keputusan agar tiada sesi pembelajaran akademik diadakan pada minggu pertama persekolahan dinyatakan Kementerian melalui surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 5 Tahun 2023.


Arahan agar minggu pertama persekolahan dimanfaatkan dengan program dan aktiviti menyeronokkan bertujuan untuk menyokong murid dan guru agar bersedia sepenuhnya dalam aspek sosioemosi dan mental untuk berdepan proses pendidikan formal.


"Diharapkan lebih banyak perubahan-perubahan yang lebih baik dapat dilakukan oleh pihak Kementerian bagi terus memperkasakan sistem pendidikan negara," kata KEADILAN Kemaman dalam kenyataan mereka.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page