top of page

Infografik Sinar: KEADILAN Simpang Renggam, PKORM Johor lapor polis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 23
  • 1 min read
KEADILAN Cabang Simpang Renggam bersama anggota PKORM cawangan Johor membuat laporan polis
KEADILAN Cabang Simpang Renggam bersama anggota PKORM cawangan Johor membuat laporan polis

Oleh: Azuan Ab Rahman


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Simpang Renggam membuat laporan polis terhadap sebuah portal media arus perdana, Sinar Harian, berhubung penyiaran infografik yang mengandungi maklumat mengelirukan.


Tegas mereka, infografik berkenaan yang disiarkan di media sosial Sinar Harian mendakwa Ketua Polis Negara ke-15, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail pernah menjadi Ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kedah, satu dakwaan yang tidak benar dan berunsur fitnah.


"KEADILAN Simpang Renggam menegaskan komitmen parti untuk mempertahankan integriti, menolak fitnah. Oleh itu kami mengecam keras penyebaran maklumat tidak sahih yang mencemarkan imej parti dan individu terbabit


"Walaupun Sinar Harian telah menarik balik laporan tersebut, kami memandang serius perkara ini dan menyeru agar siasatan rapi serta tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuai," kata mereka menerusi satu kenyataan.


Terdahulu, berlaku kesilapan pada infografik yang disiarkan Sinar Harian susulan pelantikan Mohd Khalid sebagai KPN ke-15 baru-baru ini.


Pengurusan media tersebut kemudian tampil meminta maaf dan menarik semula infografik itu dengan menjelaskan, siasatan awal mendapati kesilapan dikesan berlaku di Unit Media Sosial.


Mereka turut menegaskan, laporan polis sudah dibuat berhubung isu itu bagi memberikan ruang kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut.


Laporan polis semalam turut melibatkan ahli Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia cawangan Johor yang diketuai Saiman Omar@Wak Samson.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page