top of page

Inflasi tinggi: Selamatkan negara, jangan jadi Sri Lanka - Arafat



Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berharap anggota parti dan rakyat Malaysia akan bersama sama berusaha menyelamatkan negara agar tidak terjebak ke dalam krisis ekonomi sebagaimana Sri Lanka.


Berucap dalam ceramah jelajah Ayuh Malaysia baru baru ini, Arafat berkata, sekiranya keadaan ekonomi Malaysia memburuk seperti negara Asia Selatan itu maka keadaan sudah terlambat untuk diselamatkan.


Katanya, dalam pelancaran kempen Ayuh Malaysia yang lalu, Naib Presiden KEADILAN Rafizi Ramli telah pun menyentuh persoalan inflasi yang amat buruk di Sri Lanka sehingga menimbulkan rusuhan.


"Hari ini Sri Lanka untuk makluman tuan tuan, harga barnag contohnya beras meningkat 90% - 100%. Kita bayangkan jika situasi sama berlaku di negara kita. Kalau beras 5 kg RM13 kita bayangkan meningkat RM26. Kalau 15 kg RM39 jadi RM78, adakah kita sanggup keadaan seperti ini?


"Begitu juga kenaikan harga barang seperti kekacang. Kacang hijau sekilo RM5. Oleh kerana krisis di Sri Lanka harganya meningkat 117%. Bermaksud kacang kita beli RM5 maka sekilo jadi RM15.


"Kacang parpu yang kita pakai di rumah harga jadi berbelas ringgit. Ayam di Sri Lanka 55% meningkat, negara kita walau tak ada krisis ekonomi harga ayam macam ada krisis, kalau berlaku krisis di Malaysia maka lagi teruklah. Ayam akan mencecah RM15 - RM20.


"Jadi inilah tujuan kita, mari kita bersama bantu calon timbalan presiden kita untuk menyelamatkan negara dari dasar yang tidak membantu rakyat," katanya.


Berhubung pendedahan Rafizi bahawa ada pemimpin yang datang mempelawa beliau menubuhkan parti baharu, maka keengganan Rafizi, kata Arafat adalah bukti beliau setia kepada KEADILAN.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page