top of page

Industri padi Sarawak: Kurangkan birokrasi, segerakan pembangunan



Jaminan Timbalan Primer Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hassan bahawa negeri itu mempunyai keluasan tanah yang mencukupi untuk industri padi perlu diberi perhatian sewajarnya oleh Kerajaan Persekutuan.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh, kenyataan itu seharusnya menjadi pendorong agensi Persekutuan untuk mengkaji dan menilai semua rancangan dan permohonan rakyat Sarawak yang telah menunjukan minat terlibat dalam penanaman padi setelah melihat krisis kekurangan bekalan beras negara.


"Libat urus - libat urus khas untuk mewujudkan industri padi di Sarawak harus segera dibuat. Sebarang kekangan birokrasi mesti dielakkan demi kelancaran program yang dirancang.


"Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pertanian dan Kementerian Ekonomi serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim perlu mengembling tenaga dan sumber untuk bekerjasama dengan kerajaan Sarawak merealisasikan impian tersebut," kataya dalam satu kenyataan.


Bagi Abang Zulkifli, cadangan menjadikan Sarawak Jelapang Padi kedua negara yang dipersetujui Kerajaan Persekutuan perlu disusuli dengan peruntukan dan juga kepakaran. Manakala beliau yakin Sarawak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi.


Katanya, sudah tiba masanya Sarawak harus mengurangkan import beras dari luar kerana negeri itu mempunyai kawasan yang subur dan sesuai untuk penanaman padi sawah atau padi bukit.


Abang Zulkifli turut mencadangkan satu taskforce ditubuhkan bagi menggalakkan lebih banyak rakyat menyertai industri padi yang boleh memberi pulangan setimpal kepada belia di Sarawak.


"Petani harus dibantu diperingkat permulaan sebelum perusahaan itu mengeluarkan hasil. Pendekatan ini perlu dilakukan terutama sekali kepada para belia lepasan sekolah dan yang masih menganggur.


"Mereka memerlukan pendapatan sara diri, malah untuk membantu keluarga. Sekurang-kurang untuk selama 4 ke 5 bulan (dibantu). Insentif sebegini saya percaya boleh menarik minat para belia untuk menjadi petani," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page