top of page

Industri kraftangan perkasakan ekonomi wanita, ibu tunggal - Dr Tan



Menjadi ibu tunggal yang tidak mempunyai pendapatan dan ditinggalkan suami merupakan sebuah mimpi ngeri kepada golongan wanita.


Bagi Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, dari jumlah keseluruhan penerima bantuan di pusat khidmatnya, golongan ibu tunggal adalah penerima terbesar.


Katanya, dianggarkan seramai 235,000 orang ibu tunggal di seluruh negara pada hari ini dan mungkin tidak mempunyai sumber pendapatan tetap, terlalu kecil atau tidak tidak mempunyai tempat tinggal selayaknya.


"Beberapa bulan lalu seorang ibu tunggal muda hadir ke pusat khidmat saya untuk memohon bantuan. Dia kelihatan letih, mukanya pucat dan sugul. Rambutnya tidak terurus dengan pakaiannya kusam dan kotor. Ibu itu hadir bersama seorang bayi berusia dua tahun dalam pelukannya. Bayi kecil itu kurus seolah tidak cukup makan.


"Suaminya telah meninggalkan dia bersama tiga anak mereka berusia antara 2 hingga 7 tahun, dua tahun lalu. Dia gagal mendapatkan pekerjaan kerana perlu menjaga anak-anak yang masih kecil.


"Tidak banyak yang dapat saya bantu ketika itu melainkan hanya memberinya makanan dan wang untuk menyelesaikan segala keperluannya yang mendesak, dan juga membantu memohon bantuan daripada Jabatan kebajikan. Tetapi dia masih tetap harus membesarkan anak-anaknya yang masih kecil itu sendirian sepanjang hidupnya.


"Kisah ini bukan kes terpencil. Kumpulan ibu tunggal menjadi kumpulan terbesar penerima bantuan daripada Pusat Khidmat saya," kata Dr Tan dalam ucapannya di Holiday Cultural Festival yang turut dihadiri Dr. Lim Teck Ghee, Ketua Pegawai Eksekutif MyHometown, En Chua Tian Chang (DAYA), En Alvin Khoo, Pengasas NGO Sehati Aid dan En Eddie hoo, Editor akhbar The Sun Daily, baru baru ini.



Dr Tan yang juga Presiden Pertubuhan Pembangunan Wanita Malaysia (WDO) itu berkata lagi, kebanyakan ibu tunggal bersama anak-anak mereka terperangkap dalam kemiskinan akibat suami yang tidak bertanggungjawab dan tidak memberi nafkah


Menurutnya, pemberian bantuan kebajikan kepada ibu tunggal tidak cukup untuk menyelesaikan masalah.


"Kerajaan dalam hal ini harus mengambil lebih peranan mereformasikan Undang-Undang Keluarga. Tindakan mahkamah tidak mampu untuk menyediakan penjagaan dan perlindungan buat wanita-wanita ini.


"Ibu tunggal bukan satu-satunya kumpulan wanita yang menderita dalam sistem sosio politik kita: diskriminasi jantina boleh didapati dalam semua perkahwinan, pekerjaan, perwakilan dalam badan perundangan dan juga dalam bilik darjah sekolah.


"Kita fikir kejayaan melawan diskriminasi telah dicapai apabila dapat meminda Perkara 8 (2) Perlembagaan dengan memasukkan jantina sebagai asas agar tiada diskriminasi lagi pada tahun 2001.


"Tetapi sehingga hari ini, Perlembagaan ini tetap mendiskriminasi wanita dari segi kewarganegaraan dan hak untuk memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka," katanya.


Tambah beliau, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mengubah nasib wanita. Menurutnya, wanita perlu mempunyai suara lebih besar dalam badan perundangan, peluang sama rata dalam kenaikan pangkat, akses yang lebih baik kepada pendidikan tinggi dan lain lain


Dr Tan mencadangkan, salah satu cara paling berkesan untuk menyelesaikan masalah ibu tunggal adalah membantu mereka berdikari dari segi ekonomi


Beliau percaya industri kraftangan memberi jawapan buat wanita-wanita yang berbakat tetapi tidak mempunyai kelayakan akademik atau profesional mendapat pekerjaan yang bergaji tinggi. Malah, katanya wanita yang terikat dengan tugas di rumah dan perlu menjaga anak boleh terlibat dalam industri berkenaan.


"Malangnya industri kraftangan kita ketinggalan jauh di belakang negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina. Sudah tiba masanya untuk kita bangkit.


"Saya tertarik dengan konsep ditampilkan Myhometown . Setiap bandar dan kampung mempunyai sejarah dan kisah tersendiri. Dan kesemua ini bergabung membentuk sejarah unik negara kita, Malaysia.


"Banyak hasil seni yang cantik dan tukang-tukang yang mahir di kampung dan tempat asal kita. Kita perlu bangunkan industri seni dan kraftangan ini, yang mampu memberikan sumber pendapatan untuk penduduknya terutama sekali golongan wanita, yang mana sukar mendapat pekerjaan di kampung-kampung kecil.


"Saya mengucapkan tahniah kepada penganjur atas usaha menaikkan seni kraftangan tempatan dalam program pelancongan dan kebudayaan. Banyak lagi yang boleh dilakukan untuk memperkasakan wanita, industri kraftangan dan juga untuk kampung halaman kita," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page