top of page

Indonesia sambut baik dasar baharu pekerja asing Malaysia



Kerajaan republik Indonesia menyambut baik perubahan dasar dan penjajaran fungsi pengurusan pekerja asing di Malaysia, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Menyentuh hasil lawatan kerja delegasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) ke Indonesia pada Isnin, Saifuddin berkata beliau telah menerangkan tentang perubahan dasar tersebut termasuk Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dan pelanjutan Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin 2.0 bagi mengisi keperluan tenaga kerja dalam sektor-sektor kritikal untuk memacu pembangunan ekonomi negara.


"Pihak Indonesia menyambut baik perubahan dasar dan penjajaran fungsi pengurusan pekerja asing di Malaysia," katanya dalam kenyataan.


Pada lawatan itu, Saifuddin mengadakan pertemuan dengan Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah dan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Dr Yasonna H. Laoly pada lawatan kerja tersebut.

Pertemuan itu menyusul lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal bulan ini yang antara lain turut membincangkan isu pengurusan penggajian pekerja asing dari negara itu dengan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).


Sementara itu, Saifuddin turut memberitahu pada lawatannya juga beberapa isu antaranya berkaitan penguatkuasaan undang-undang imigresen dan perburuhan melibatkan pekerja Indonesia, pengurangan tempoh masa dan kos migrasi yang terkait dengan penggajian pekerja asing serta mengoptimumkan penggunaan teknologi pendigitalan bagi tujuan integrasi sistem dan memudah cara pemantauan pekerja.


Isu keselamatan antaranya pengurusan penghantaran pulang banduan dan tahanan imigresen serta tindakan penyelarasan bagi meminimumkan risiko pekerja asing daripada diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab juga menjadi agenda utama pertemuan.

"Turut dibincangkan ialah perihal kerjasama keimigresenan dan kawalan sempadan bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan kedua-dua negara dapat direncanakan dengan baik," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page