top of page

Individu muat naik isu azan Masjid Ayer Kuning disiasat MCMC



Oleh: Akmal Manaf


Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun kini disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana disyaki memuat naik kandungan palsu berunsur 3R (agama, kaum dan institusi diraja) yang menyentuh sensitiviti.


MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan, sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut terhadap lelaki itu telah dijalankan di Balai Polis Taiping semalam.


Susulan siasatan itu, sebuah telefon bimbit dan satu kad sim telah disita bagi tujuan analisis forensik.


"Kandungan berkenaan dipercayai dimuat naik menerusi laman aplikasi Facebook miliknya pada 9 Mac 2025 yang lalu dengan mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning, tidak lagi dibenarkan ketika ini.


"Terdahulu, pasukan Penguatkuasa MCMC telah menyerahkan satu notis kehadiran di bawah seksyen 255 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kepada individu terbabit bagi menghadiri sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut.


"Kes disiasat di bawah seksyen 233 (1)(a) Akta 588 dan jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali," kata suruhanjaya itu.


Susulan itu, MCMC menasihatkan orang ramai agar menggunakan platform media sosial dengan penuh tanggungjawab serta berhemah dan tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang kandungan berunsur 3R yang boleh mengancam keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Comentarii


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page