top of page

Indeks daya saing M'sia meningkat, reformasi Kerajaan MADANI berjaya - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 17
  • 1 min read

Reformasi pengurusan dan ekonomi Kerajaan MADANI dianggap berjaya apabila indeks daya saing Malaysia melonjak ke kedudukan 23 pada tahun 2025.


Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, rekod terbaik dalam tempoh lima tahun itu menunjukkan bahawa kerajaan pada waktu ini berada di landasan yang betul dalam usaha mewujudkan persekitaran perniagaan yang baik.


"Alhamdulillah, Malaysia mencatat lonjakan membanggakan dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 apabila naik 11 anak tangga ke kedudukan ke-23, pencapaian terbaik sejak lima tahun lalu.


"Ini petunjuk jelas bahawa usaha reformasi Kerajaan MADANI sedang membuahkan hasil. Kita buktikan Malaysia mampu melonjak jauh dengan tekad politik, iltizam seluruh jentera kerajaan dan kerjasama erat sektor swasta," kata Anwar dalam muat naik terbaharu di Facebook.


Menurut beliau, peningkatan indeks daya saing itu menjadi kayu ukur kepada kecekapan pentadbiran sektor awam dan persekitaran pelaburan yang semakin membaik sejak Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran negara pada 2022.


"Prestasi memberangsangkan dalam perdagangan, kecekapan pentadbiran dan persekitaran pelaburan menjadi asas kukuh kepada kemajuan ekonomi yang inklusif dan mampan.


"Pencapaian ini milik semua rakyat Malaysia. Ia adalah antara asas penting dalam perjalanan kita untuk meletakkan negara ini dalam kelompok ekonomi paling berdaya saing menjelang 2033, demi masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak kita," katanya lagi.


Untuk rekod Malaysia berada di tangga ke-34 ranking daya saing dunia pada 2024. Manakala Singapura kekal di tempat teratas pada tahun lalu dan tahun ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page