top of page

Impian jadi realiti: Zees Valley lahirkan lebih 300 usahawan produk halal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 3 min read

Nurul Wafaa (kiri) dan ibunya Zainab Ali menunjukkan produk keluaran Zees Valley yang diperakui halal
Nurul Wafaa (kiri) dan ibunya Zainab Ali menunjukkan produk keluaran Zees Valley yang diperakui halal

Oleh: Noraini Nordin


JEJAK USAHAWAN: Bukan kecil cabaran yang telah direntasi oleh sosok tubuh wanita muda bernama Nurul Wafaa Zainal Abidin ini untuk meneruskan bisnes Zees Valley yang telah dirintis oleh Allahyarham ayahanda tercinta Kapten (B) Zainal Abidin Ali sepuluh tahun lalu.


Berbekal semangat ayahnya yang tebal menyelimuti Nurul Wafaa, yang lebih mesra dengan panggilan Wafaa, tugas tersebut dilakukan dengan gigih serta sabar.


Mengalas tugas mengembangkan operasi Zees Valley dan mengekalkan kecemerlangan prestasi Zees Valley sebagai kilang pemerosesan dan pembungkusan produk dilaksanakan beliau dengan penuh tanggungjawab.

Kilang Zees Valley yang memiliki Sijil Halal JAKIM ini beroperasi di kawasan Perindustrian Chembong Rembau, Negeri Sembilan telah melahirkan lebih 300 usahawan dalam pelbagai bidang khasnya mengeluarkan produk berasaskan minuman, kosmetik dan pengurusan diri.


Kilang yang menjadi `penyeri’ pekan kecil Chembong ini membantu memberi pekerjaan kepada warga setempat khasnya wanita serta golongan belia.


Merealisasikan impian


Nama Zees Valley yang meniti di bibir usahawan-usahawan yang telah berjaya merealitikan impian untuk menjadi menghasilkan produk sendiri secara langsung membantu promosi perkhidmatan yang ditawarkan oleh kilang tersebut.


Berkongsi pengalaman sebagai penerus legasi Zees Valley, Wafaa berkata, beliau amat gembira dan bangga dapat meneruskan bisnes daripada arwahyarham ayahnya yang bersusah payah merintis pembukaan kilang tersebut dengan dibantu oleh ibunya Zainab Ali.


"Selain daripada usahawan-usahawan baharu yang menjadi rakan niaga Zees Valley, sahabat lama bisnes juga tetap setia bersama kami.


"Kami amat menghargai mereka dan sentiasa bersedia membantu memberi khidmat terbaik serta membimbing dengan pakej istimewa," kata Wafaa, 34 tahun yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan dari Universiti Sains Malaysia.


Sebagai Pengarah Zees Valley, Wafaa bertanggung jawab mengawal operasi untuk kilang tersebut terus kekal relevan dan dapat memenuhi kehendak pelanggan tepat pada masanya.


"Operasi kilang juga perlu lancar, mampu bersaing serta dapat dikembangkan seperti yang telah rancangkan untuk masa depan yang lebih cemerlang," ujar Wafaa yang petah berbicara.


Sifat hormat, mesra serta kaya dengan senyum ini menjadikan Wafaa disenangi oleh rakan niaga yang berurusan dengan Zees Valley.


Syarikat keluarga Bumiputera pertama guna lemak bukan tenusu

Menyusuri lanjut bisnes Zees Valley, ia merupakan syarikat keluarga Bumiputera yang pertama mengeluarkan krimer bukan tenusu di Negeri Sembilan.


Krimer berasaskan lemak bukan tenusu tersebut digunakan untuk pembuatan kopi, teh, koko dan minuman botani.


Bagi produk pengurusan diri dan kecantikan , Zees Valley menggunakan bahan utama berasaskan pelbagai jenis herba termasuk untuk syampu, ubat gigi dan krim urut.


Dua fungsi Zees Valley


Zees Valley mempunyai dua fungsi utama iaitu membuat dan membekalkan secara contract manufacturing untuk lebih 200 syarikat peniagaan trading atau jualan terus.


Keduanya, kilang ini sendiri turut mengeluarkan sembilan produk penjagaan diri jenama Zees. Kesemua produk keluaran Zees Valley berkongsepkan etnofarma Melayu berlandaskan sains dan metodologi Islam.

Produk yang dihasilkan kesemuanya secara `in house’ iaitu proses bermula daripada bahan mentah yang diproses sendiri atau dibekalkan oleh pembekal.


Ia diadun dan diformulasikan sendiri daripada awal hingga menjadi produk akhir untuk memasuki pasaran tempatan dan antarabangsa.


Zees Valley mempunyai keupayaan dan kepakaran daripada segi formula dan teknologi untuk mengeluarkan pelbagai jenis produk.


Zees Valley memiliki lebih 18 mesin dengan pelbagai jenis dan fungsi untuk proses pengeluaran dengan dibantu seramai 25 orang pekerja.


Sesuai dengan peredaran semasa Zees Valley sentiasa peka kepada keperluan pengeluaran produk-produk baharu yang menjadi sasaran pengguna serta diperlukan oleh pelanggan.


Tingkat semangat usahawan


Perkongsian oleh Wafaa dalam ruangan ini diharap dapat membantu merangsang jiwa niaga bagi mereka yang mahu menceburkan diri dalam bisnes.


Pada waktu ini pelbagai bantuan di bawah kerajaan MADANI ditawarkan untuk menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana .


Bantuan daripada Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuklah geran peralatan, pinjaman modal kerja, inisiatif digital seperti dana dan sebagainya boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan ekonomi keluarga serta taraf hidup.


Tulisan ini mempekenalkan jejak usahawan bersama Sekretariat KASEH MADANI

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page