Impak KEADILAN sumbang 30 mesin bantuan pernafasan di Hospital Selayang


Impak KEADILAN, inisiatif kutipan dana dari pimpinan dan anggota parti telah berjaya menyumbang 30 unit mesin bantuan pernafasan atau oxygen concentrator ke Hospital Selayang, pagi tadi.


Menurut Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, alat tersebut disumbangkan ke hospital berkenaan bagi membantu sebanyak mungkin pesakit Covid 19 mendapatkan oksigen dalam rawatan mereka.


"Yang pentingnya kita nak tolong sebanyak mungkin dan seramai mungkin (pesakit dibantu rawatan oksigen) sebab ICU terhad


"Jadi, kita dari KEADILAN dengan inisiatif NGO kumpulkan sedikit dana untuk memberikan peranti ini kepada hospital yang perlu supaya ringankan bebanan.


"Hospital sekarang ini bebanannya naik mendadak, jadi kita nak tolong sedikit," katanya.


Menurut jurucakap Impak KEADILAN, ADUN Semambu, Lee Chean Chung, pengumpulan pendanaan biayasa (sumbangan orang ramai) tersebut telah dilancarkan minggu lalu dan berjaya memperolehi sebanyak RM250,000 untuk membeli 81 unit oxygen concentrator.


Katanya, selain Hospital Selayang, 20 unit juga disumbangkan kepada Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah dan telah diserahkan semalam


16 unit kepada Hospital Ipoh, 5 unit kepada Hospital Slim River dan 5 unit kepada Hospital Kuantan.


Menjawab soalan wartawan kerajaan Perikatan Nasional (PN) wajar membuka tabung kutipan derma seperti itu kepada orang awam bagi membantu kemudahan hospital, Dr Wan Azizah berkata, idea tersebut sepatutnya digerakkan.


"Memang kita nampak macam perlukan satu dana tetapi kalau boleh dana ini dirakyatkan lebih baik. Bagaimana kita melihat polisi 'kita jaga kita', (di peringkat KEADILAN) kita buatkan dana dan menyelesaikan masalah kecil (bantuan peranti pernafasan).


"Kerajaan PN saya tidak tahu, semalam di Parlimen dibentangkan berbilion-bilion ringgit tetapi kita masih nak tengok bagaimana dikeluarkan (disalurkan). Kita nak tahu akauntabiliti dan bagaimana penyampaiannya," kata beliau.


Selain itu, Dr Wan Azizah juga menegaskan kerajaan perlu memperbaiki kelemahan-kelemahan pengendalian pesakit Covid 19 dengan melibatkan lebih banyak agensi kerajaan.


Beliau kurang bersetuju sekiranya diperlukan jawatankuasa khas untuk menyelaraskan keperluan hospital kerana pelbagai agensi kerajaan telah sedia ada untuk membantu.


"Kita dulu dalam kerajaan, memang ada agensi yang boleh membuat analisa. Perlu gunakan itu, kalau buka satu lagi jawatankuasa mengambil masa dan melambatkan proses.


"Kita dalam situasi kecemasan dan perlu lakukan secepat mungkin. Perbaik kelemahan yang berlaku. Kita akui ada kebaikan (beberapa dasar kerajaan) tetapi kelemahan kita tangani bersama. Itu yang kita datangkan inisiatif (Impak KEADILAN). Terima kasih kepada mereka yang menyumbang.


"Sekarang bagi pesakit Covid, oksigen diperlukan kerana banyak pesakit meninggal tidak dapat bernafas. Kerana itu kita beri oxygen concentrator


"Ini adalah dana (derma) rakyat. Kerajaan ada peruntukan tetapi kita sebagai Ahli Parlimen nak tanya mana pertanggungjawabannya. Rakyat macam tak terasa," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER