Idea dua negara Muhyiddin tidak laku, lebih baik pastikan Palestin merdeka


Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan bahawa negara Zionis Israel hampir menuju ke penghujungnya ketika tunjuk perasaan memuncak di seluruh dunia mengecam keganasan rejim Tel Aviv ke atas rakyat Palestin.


ADUN Senggarang, Khairuddin A Rahim berkata, daripada PM Muhyiddin menyokong idea penubuhan dua negara Israel - Palestin yang sudah tiada penyokong itu, lebih baik beliau memperjuangkan kemerdekaan mutlak Palestin mengikut sempadan asal sebelum penjajahan Zionis di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.


"Bayangkan hanya berhadapan dengan sebuah pertubuhan kecil seperti Hamas, Israel terpaksa menutup negara mereka dan menghentikan semua aktiviti ekonomi dan sosial.


"Apakah Israel mampu menghadapi perlawanan pasukan Hisbulah yang jauh lebih besar. Lebih parah sekiranya Syria, Iran, Iraq dan Turki masuk campur dalam konflik ini.


"Pertempuran Hamas - Isreal selama 6 hari telah menguatkan lagi keyakinan akan telahan dan firasat oleh penganalisa-penganalisa politik termasuk Hendry Kesingger, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat bahawa umur negara Israel akan berakhir pada tahun 2022 atau paling lewat pada 2025.


"Dalam suasana banyaknya telahan akan kemusnahan Isreal, PM Muhyiddin sepatutnya menyimpan sahaja hasrat beliau untuk melihat tertubuhnya dua negara Palestin dan Isreal. Sebaliknya beliau perlu melontarkan idea yang boleh mempercepatkan pembentukan negara Palestin yang merdeka," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Khairuddin lagi, kemusnahan Israel sudah boleh dibayangkan dengan kemusnahan bangunan-bangunan dan lapangan terbang rejim Zionis itu di bandar-bandar utama akibat serangan roket Hamas.


Katanya, ternyata Israel semakin tidak mampu menghadapi pasukan pejuang Palestin yang bukanlah kekuatan ketenteraan rasmi manakala sistem pertahanan canggih 'Iron Dome' terbukti gagal untuk melindungi negara itu.


"Roket-roket Palestin telah berjaya menghentam seluruh bandar-bandar besar dan lapangan terbang Isreal. Sesungguhnya itulah titik pertama kekalahan Yahudi Israel dan kemenangan rakyat Palestin setelah dijajah lebih 60 tahun.


"Mitos bahawa Isreal sebuah negara superpower, kebal dengan kawalan keselamatan kubah besi ‘Iron Dome’ yang tidak boleh dikalahkan telah menjadi bahan lawak jenaka sekarang ini," katanya lagi.


Dalam masa sama, Khairuddin turut memanjatkan doa kepada warga Palestin yang bertahan mahu pun terkorban sepanjang pertempuran 6 hari itu.


Beliau mewakili penduduk DUN Senggarang bersama-sama seluruh rakyat Malaysia terus berdoa agar Allah memberi keselamatan dan kemenangan kepada Palestin dengan keyakinan pertolongan Allah akan sampai dan kemenangan semakin hampir.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER