top of page

IAIS Malaysia mahu wujud suasana pertukaran idea kondusif



Oleh: Helmi Mohd Foad


International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia berusaha mewujudkan platform inklusif bagi pelbagai pihak dan perspektif untuk terlibat dalam perbincangan yang substantif.


Menerusi satu kenyataan, IAIS berkata hal itu selaras dengan kedudukannya sebagai sebuah badan pemikir yang penting dalam menasihati pihak kerajaan mengenai hal ehwal Muslim global dan diplomasi melalui platform hubungan antara agama.


Institut itu juga telah menganjurkan forum dan dialog antara para pemikir berlainan aliran sejak sekian lama.


"IAIS mempunyai rekod dalam menjadi hos kepada pelbagai pihak dan berusaha untuk mengekalkan representasi yang seimbang melalui barisan penceramah, pendiskusi, tetamu jemputan, dan peserta kami, bagi memastikan penerokaan pandangan yang pelbagai secara adil dan menyeluruh," kata badan itu.


Kenyataan itu menegaskankan prinsip IAIS ialah menekankan sikap saling hormat dan dialog yang membina, serta berusaha mencipta persekitaran yang kondusif bagi pertukaran idea dan pemahaman.


Pada masa sama mematuhi sepenuhnya undang-undang negara dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan).


Oleh itu, IAIS berkata, tidak perlu dijadikan polemik jemputan badan itu ke atas tokoh pemikir yang dikatakan liberal, Prof Ahmed T. Kuru ke Malaysia.


"Kami menjemput dengan ikhlas individu yang mempunyai idea dan pandangan alternatif untuk turut menyertai perbincangan, selaras dengan al-adab al-ikhtilaf (adab perbezaan pendapat) dalam Islam," kata kenyataan itu lagi.


IAIS berkata demikian susulan isu acara pelancaran buku dan perbincangan yang akan menampilkan Profesor Ahmed T. Kuru dari San Diego University yang dianjurkan dengan kerjasama Islamic Renaissance Front (IRF).


Pelancaran buku tulisan Dr Ahmet T. Kuru bertajuk 'Islam, Autoritarianisme dan Kemunduran Bangsa' dijadual berlangsung di kampus IAIS Malaysia di Kuala Lumpur pada 8 Januari ini.


Ia dijadual dirasmikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefli Ahmad.


Selain menampilkan Pengerusi IAIS Malaysia Dr Maszlee Malik, Dr Ahmet turut akan memberi ucapan pada majlis itu.


Terdahulu beberapa pensyarah universiti di Malaysia dan pembangkang mengkritik usaha membawa masuk tokoh ilmuan tersebut yang didakwa berfahaman liberal.


Netizen pro pembangkang pula mengaitkan Dr Maszlee Malik yang merupakan pemimpin KEADILAN sebagai meneruskan agenda liberal dan menghentam dasar liberal yang kononnya dibawa oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page