top of page

Hutang negara RM1.2 trilion, semua pihak perlu tekad lawan rasuah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 11, 2023
  • 2 min read


Penyelewengan dan rasuah tidak perlu dianggap sebagai urusan mencari 'derma politik' atau untuk melancarkan urusan perniagaan kerana hutang negara telah pun membengkak kepada RM1.2 trilion.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata disebabkan rasuah yang berleluasa itu negara telah kekurangan wang untuk mentadbir atau melakukan pembangunan dan terpaksa meminjam dalam jumlah yang besar.


Katanya, hal itu tidak boleh dibiarkan sehingga RM40 bilion setahun dibayar hanya untuk faedah atas hutang.


"Mengapa saya menyokong usaha yang tegas Perdana Menteri (PM) Anwar memerangi rasuah? Saya telah mengikuti sebagai Ahli Parlimen, bahawa hutang negara kita lebih RM1.2 trilion.Sekarang tempoh perbahasan belanjawan negara dan saya meneliti dokumen kewangan pada setiap tahun termasuk 2023, kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM46 bilion untuk interest (faedah) hutang sahaja.


"Hutang pokok tidak dibayar, RM46 bilion bayar interest. Semua pihak perlu tegas, baik Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan kalau kita sayangkan negara ini. Kita ketepikan perbezaan politik kepartian.


"Ini satu usaha PM bersama agensi kerajaan. Negara kita berlaku ketirisan. Duit untuk pembangunan negara, yang rasuah, tiris, bocor, banyak pihak sama ada kakitangan kerajaan, agensi dan lain lain terlibat, lebih RM20 bilion tiris (setiap tahun)," katanya dalam satu siaran media.


Menurut Hassan lagi, jika rakyat tidak menyokong usaha PM maka siapa lagi yang akan melakukannya


Katanya, usaha yang dilancarkan sekarang tepat pada waktunya ketika negara belum muflis akibat keberhutangan yang melampau.


Dalam pada itu, Hassan turut menyokong kenyataan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Peguam Negara semalam bahawa tiada pendakwaan terpilih dilakukan ke atas pemimpin pembangkang dan siasatan dijamin bebas oleh SPRM


"Saya bersetuju dengan kenyataan media yang dibuat oleh SPRM dan Peguam Negara yang kedua dua kenyataannya keluar semalam menyatakan tidak wujud apa yang dipanggil pendakwaann terpilih, pendakwaan politik untuk sengaja menzalimi ahli politik tertentu.


"Saya meneliti kenyataan dari SPRM dan Peguam Negara. Dua ketua agensi ini, Ketua Pengarah SPRM dilantik oleh PM ke 8. YAB Pagoh. Begitu juga Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun juga dilantik oleh PM ke 8, Ahli Parlimen Pagoh.


"Saya menyatakan kita perlu menjaga imej 2 agensi terpenting pelaksanaan undang undang tersebut, SPRM dan Peguam Negara (daripada ditohmah sebagai alat pemimpin politik)," katanya.


Kepada pihak yang telah didakwa atau disiasat, Hassan menolak tuduhan mereka bahawa PM melakukan pendakwaan untuk membalas dendam kepada musuh dan pesaingnya.


Hassan berharap pembangkang menjadi negarawan dan mengutamakan rakyat daripada politik.


"Pihak yang didakwa (dihadap ke mahkamah) supaya berlapang dada. Jangan mudah anggap ini pendakwaan terpilih. Anggap M yang ada cuba nak zalimi sesiapa. Negara kita ini PM dan menteri Kewangan tidak dibenar bermaharaja lela. Kita tidak biarkan PM menzalimi sesiapa.


"Tetapi bila PM menentang rasuah, menyelamatkan wang negara, tentu kita sokong beliau. Kita tidak akan biar PM berseorangan dalam melawan rasuah," katanya lagi.


Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page