top of page

Hutang cecah RM1.5 trilion, kerajaan tidak cadang wujudkan semula GST

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 14, 2023
  • 1 min read


Hutang negara bagi tahun 2022 telah mencecah RM1.5 trilion, Dewan Rakyat dimaklumkan.


Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) mendedahkan hal demikian dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri, pagi tadi.


"Hutang telah mencecah, liabiliti dan hutang kerajaan RM1.5 trilion. Iaitu 82% kepada KDNK. Untuk memperincinya, hutang kerajaan RM1079.6 trilion termasuk komitmen jaminan (hutang) RM205.9 bilion. 1MDB RM18.2 bilion dan liabiliti lain RM4142.2. Jumlah RM1445.9 trilion.


"Hutang Kerajaan Persekutuan telah mencecah RM60.4%. Dia termasuk khidmat hutang. (Pada) 2022 kita bayar khidmat hutang RM41 bilion dan 2023 RM46 bilion.


"Peratus hasil 2022 sebanyak 14%, 2023 16%. Ini hanya membayar faedah bukan membayar hutang tertunggak," katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Wong Kah Woh (PH - Taiping).


Sementara itu, langkah yang diambil untuk memastikan negara tidak akan tergugat kerana kadar hutang yang tinggi tersebut, kata Anwar, ialah dengan memastikan asas hasil ditambah dan mengkaji semula kaedah perbelanjaan awam.


"Hal ini boleh kita cerakin dalam pembentangan belanjawan pada 24 Feb," katanya.


Sementara itu, dalam soalan tambahan Wong Kah Woh mengenai apakah cara kerajaan akan meningkatkan hasil, sama ada akan mengenakan cukai baharu seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Anwar menjawab kerajaan tidak ada hasrat untuk lebih membebankan rakyat yang tertekan ketika ini.


"Kita tidak bercadang memperkenalkan GST atau cukai yang berasas luas. Yang kita akan perketatkan pengurangan subsidi bagi golongan kaya, sebagaimana berlaku bagi subsidi elektrik.


"Walau ada keputusan kerajaan sebelum ini kenaikan tarif elektrik, kerajaan sekarang membatalkan hal itu dan mengenakan hanya kepada golongan TR20 iaitu Multinational Corporation dan syarikat besar, melainkan yang melibatkan isu keterjaminan makanan," katanya lagi.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page