Hutan Simpan Kekal Kelantan semakin terancam akibat konsep Ladang Hutan



Konsep pertanian Ladang Hutang didakwa oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai pertanian yang tidak menjejaskan alam semula jadi dipertikaikan banyak pihak.


Apatah lagi didakwa hampir 28% Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri itu telah dizonkan untuk tujuan pembangunan ladang monokultur (ladang hutan) sebagaimana dikatakanPenyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman, baru baru ini.


Bagi Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu, Zinda Khalil Sastro Hassan, kerajaan Pas Kelantan sengaja menggunakan istilah Ladang Hutan tersebut bertujuan mengelabui mata rakyat dalam usaha mereka meneroka hutan di negeri itu.


Katanya, konsep ladang bersama hutan amat mengelirukan rakyat dan menyebabkan mereka tidak menyedari apa sebenarnya berlaku.


"Saya tengok konsep mereka buat ini macam nak menghalalkan cara. Dipanggil Ladang Hutan padahal habis balak disapu sikit sikit, sampai bersih.


"Macam dia nak mengaburi rakyat Kelantan, kerana rakyat Kelantan marah sekejap, kemudian ok.


"Bila disebut ladang hutan, seperti ladang yang ada pokok, ada hutan. Rakyat tak tahu nak buat ladang itu kena buang semua yang ada. Kalau ada balak, habis balak disapu bersih," katanya.


Menurut beliau, kawasan terutamanya di HSK Gua Musang, Nenggiri dan sebagainya banyak telah diteroka dengan konsep Ladang Hutan.


Sedangkan kawasan berkenaan, tegas Zinda, adalah kawasan hutan semula jadi dan perlu dikekalkan untuk keseimbangan flora dan fauna negara.


"Hutan dekat Gua Musang, hutan semula jadi untuk jaga ekosistem kita. Ia sangat sesuai dikekalkan.


"Bila dah ada ketamakan dalam diri pemimpin Pas hari ini, mereka akan cuba pelbagai cara atau kaedah supaya menghalalkan tujuan mereka," katanya lagi.


Baru baru ini, mantan Exco Kelantan, Datuk Husam Musa juga membidas Kerajaan Negeri yang tidak mampu menjaga HSK Kelantan.


Beliau menyarankan agar Kerajaan Negeri menggunakan teknologi dron bagi memetakan kembali hutan di Kelantan dan lihat sebanyak mana yang telah musnah.


Husam juga membangkitkan persoalan mengenai kelulusan pembalakan tebang habis HSK atas nama Program Ladang Hutan termasuk ladang durian Musang King.


Konsep Ladang Hutan, kata mantan senator itu, mengamalkan pembersihan hutan secara tebang habis atau 'cuci mangkuk'. Kemudian pohon durian yang ditanam bukanlah dalam erti kata hutan sebenar dengan flora dan fauna yang asli.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER