top of page

Hukuman ke atas Nagaentran: PH pernah cuba ketatkan sabitan hukuman mati - Sim



Hukuman mati ke atas rakyat Malaysia yang didapati bersalah mengedar dadah di Singapura, Nagaenthran Dharmalingam yang dilaksanakan pagi ini memberi kesedaran perlunya sabitan yang lebih ketat melibatkan hukuman sedemikian.


Para pejuang keadilan di Malaysia membantah hukuman ke atas Nagaenthran, 34, sejak beberapa bulan lalu kerana beliau memiliki tahap IQ lebih rendah berbanding orang biasa, yang tidak mewajarkan sabitan hukuman berat walaupun melakukan jenayah serius.


Bagaimanapun, Singapura bekas jajahan British yang mempunyai undang undang hukuman mati hampir sama seperti di Malaysia tidak mengiktiraf IQ rendah sebagai asas mengenakan hukuman lebih ringan.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berharap satu kajian dilakukan ke atas sabitan hukuman mati di Malaysia agar mengetatkan lagi prosedur bagi melepaskan penjenayah yang mungkin mengalami cacat mental.


"Hukuman mati Nagaentran sepatutnya memperbaharui perbahasan mengenai hukuman mati mandatori. Bolehkah undang-undang mengambil nyawa orang begitu sahaja?


"Semasa Pakatan Harapan, kami cuba untuk membuat pembaharuan dan menjadikan undang-undang kami lebih berperikemanusiaan.


"Tetapi kami tidak berjaya," kata Pengarah Strategi KEADILAN itu di Twitter.


Nagaenthran disabitkan kesalahan mengedar 44 gram heroin di Singapura. Republik itu salah satu negara yang menguatkuasakan undang-undang dadah paling ketat di dunia.


Menurut Reuters, pengesahan pelaksanaan hukuman tersebut dimaklumkan adik Nagaenthran, Navin Kumar, melalui telefon hari ini.


Kata Navin, mayat abangnya akan diuruskan di Ipoh, Perak.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page