Hukum Bersalaman Politik dan Polemik
- Suara Keadilan

- Sep 5
- 2 min read

Oleh: Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar
ULASAN: Isu bersalaman antara lelaki perempuan menjadi polemik ketika ini walaupun secara asasnya ramai yang memahami secara umum hukum asalnya. Namun ia menjadi isu atas kejahilan dan di politikkan.
Saya memandang isu ini sebagai isu fekah yang berubah mengikut keadaan.
Hukum bersalam atau berjabat tangan antara pemimpin dunia dalam perspektif Islam bergantung pada beberapa faktor, termasuk:
• Lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan: Tidak ada masalah, berjabat tangan dibolehkan secara umum, apalagi dalam konteks formal seperti diplomasi.
• Lelaki dengan perempuan (bukan mahram): Ini yang menjadi titik perhatian utama dalam fiqh. Hukum bersalam antara lelaki dan perempuan non-mahram
Pandangan kebanyakan ulama adalah seperti berikut :
•Haram: Berdasarkan hadis Nabi SAW:
“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita.”
(HR. Malik, Ahmad, Nasai, dan lainnya)
Dan juga sabda Nabi:
“Sungguh ditusuk kepala salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baik baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”
(HR. At-Tabarani, dinilai sahih oleh Al-Albani)
Namun, ada pandangan minoriti yang lebih longgar terutama dalam konteks diplomasi atau darurat, dengan syarat:
• Tidak disertai syahwat.
• Murni adat dan tidak menunjukkan keintiman.
• Tidak ada alternatif yang layak secara sosial/budaya.
Bersalaman dibolehkan atas alasan diplomatik
Beberapa ulama kontempori membolehkan bersalaman dalam konteks formal (seperti diplomatik antara pemimpin negara), selama ianya terpaksa dan tidak mengandung syahwat, berdasarkan kaedah “Darurat membolehkan yang terlarang” atau mudarat kecil dipilih untuk menghindari mudarat yang lebih besar.

Dalam konteks pemimpin dunia
• Ketika seorang pemimpin Muslim bertemu dengan pemimpin dunia lain, boleh jadi dihadapkan pada protokol formal (termasuk berjabat tangan).
• Jika boleh dihindari dengan cara sopan, itu lebih utama dan sesuai dengan sunah.
• Jika tidak dapat dihindari tanpa menimbulkan fitnah, konflik, atau kerugian politik besar, maka sebagian ulama membolehkan sebagai rukhsah (keringanan) dengan syarat-syarat tadi.
Ulama bersalaman dengan bukan mahram
Ada sebahagian ulama besar juga bersalaman dengan bukan mahram seperti Almarhum Yusuf Qardawi dan Almarhum Dr Haron Din dalam konteks keadaan mereka sebagai pendakwah dan perawat.
Malangnya apabila bila terus menghukum dan dipengaruhi dengan sentimen politik maka apa sahaja akan dihukum secara salah tanpa faham asbab, kaedah dan disiplin menghukum.
Ini sebahagian dari pendapat saya yang lemah ini sebagai rujukan. Ambil yang bermanfaat tinggalkan yang salah. Semoga Allah memberi kemaafan atas salah silap.
Penulis merupakan mantan Ahli Dewan Negeri Meru









Comments