Suasana hujan lebat dan banjir di Johor tidak menghalang Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail (gambar, tiga dari kanan) meneruskan program Ziarah Kasih membantu penduduk dalam kawasannya.
Katanya, walau pun dalam keadaan hujan dan sesekali lebat, sesekali renyai dan ada ketikanya berhenti, team Ziarah Kasih baru-baru ini berjaya menziarahi rakyat memerlukan bantuan di Kampung Kuari, Kampung Kadut dan Kampung Tengah dalam kawsan DUN Pemanis.
"Terima Kasih juga ditujukan kepada mantan Ketua Kampung Kadut, Kapten (B) Mohd Fariz Md Isa yang banyak membantu dalam memudahkan program Ziarah Kasih ini.
"Kami mendoakan agar Kapten terus menabur bakti di Kampung Kadut yang telah pun nampak perubahan dari segi fizikal dan sosialnya," kata Natrah.
Comments