top of page

Hujan berterusan punca tanah runtuh di Cameron Highlands - NRES



Oleh: Helmi Mohd Foad


Kejadian runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang pada 26 Januari lalu disebabkan faktor hujan berterusan dua hari sebelum itu.


Siasatan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang mendapati hujan berterusan menyebabkan cerun-cerun semula jadi berkecuraman tinggi yang didasari batuan granit lebih daripada 35 darjah cenderung untuk runtuh.


"JMG telah menjalankan siasatan tapak bagi mengenalpasti punca kejadian serta menentukan zon bahaya dan zon kawalan kawasan kejadian bagi memastikan keselamatan anggota agensi tindakbalas semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.


"Siasatan awal JMG mendapati punca kejadian ini disebabkan hujan yang berterusan bermula pada pukul 3 petang, 24 Januari 2024 dengan jumlah kumulatif hujan harian mencapai 126 mm pada 25 Januari 2024," kata kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam hari (NRES) hari ini.


Kata kenyataan itu, bagi mengelakkan risiko kejadian bencana geologi tanah runtuh, JMG mengesyorkan pihak berkuasa tempatan supaya mengambil kira input Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) dalam perancangan pembangunan dan pengawalseliaan aktiviti kelestarian pertanian di kawasan bercerun.


Katanya NRES akan mengkaji kesesuaian pemasangan sistem amaran awal seperti tolok hujan secara komprehensif terutama di kawasan yang dikenal pasti berkerentanan tinggi tanah runtuh yang dijangka disiapkan pada hujung tahun 2024 di tujuh buah kawasan terpilih.


Tambah kenyataan itu, JMG dari semasa ke semasa akan memperluas dan mengemas kini peta-peta berkaitan melalui PBRC dalam menyalurkan maklumat berkenaan kawasan potensi bahaya tanah runtuh kepada pihak berkepentingan.


"NRES komited terhadap aktiviti penyelidikan dan penggunaan teknologi tinggi terkini dalam mengenal pasti serta pemantauan kawasan 'hotspot' bencana geologi.


"Kementerian juga bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi teknikal untuk memperluaskan program pengurusan risiko bencana melibatkan komuniti kepada penduduk kawasan sekitar bagi meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap bahaya bencana geologi tanah runtuh," katanya.


Kejadian tanah runtuh di Blue Valley pada Jumaat lalu mengorban empat warga Myanmar termasuk seorang wanita yang bekerja di tapak penanaman sayur haram di kawasan itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page