
Hubungan antara negara Malaysia dan Singapura pada masa ini digerakkan di atas landasan menang menang.
Hal itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan beliau serta delegasi Malaysia dengan rakan rakan sejawat dari Singapura, tengah hari tadi.
"Menerusi pertemuan ini kami sebagai kawan rapat dan jiran dapat bekerjasama secara konstruktif serta menghasilkan situasi menang-menang dengan faedah yang ketara untuk rakyat dan lapangan perniagaan kedua-dua negara.
"Saya dan PM Lee kemudian menyaksikan pemeteraian tiga perjanjian di antara Putrajaya dan Singapura meliputi aspek keselamatan siber, digital dan ekonomi hijau," katanya.

Perjanjian berkenaan, dua daripadanya merupakan rangka kerja melibatkan kerjasama dalam ekonomi digital serta ekonomi hijau dan ditandatangani oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz serta rakan sejawatnya, Gan Kim Yong bagi pihak Singapura.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil pula mewakili Malaysia menandantangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mempromosikan kerjasama dari aspek data, keselamatan siber dan ekonomi digital.