top of page

Hubungan dua hala, pelaburan Malaysia - Indonesia semakin baik, menguntungkan



ANALISIS: Lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia kelmarin bertemu rakan sejawatnya Presiden Joko Widodo (Jokowi) telah meletakkan hubungan dua hala Malaysia - Indonesia setingkat lebih baik daripada sebelumnya.


Banyak penganalisis politik tempatan yang memberi pujian kepada Anwar kerana memiliki skil diplomatik tinggi terutama dalam menyelesaikan isu isu sempadan kedua negara yang dijanjikan akan ditandatangani perjanjian bersama dalam tempoh beberapa bulan. Antara isu sempadan itu dikatakan telah berlarutan sejak 60 tahun dan seiring dengan usia kemerdekaan Malaysia.


Sebagai balasannya, Indonesia menawarkan syarikat besar Malaysia untuk melabur di negara itu terutama dalam pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara di Kalimantan Timur.


Dalam hal itu Presiden Indonesia, Joko Widodo memberi reaksi positif kepada hasrat 10 syarikat dari Malaysia yang mahu terlibat dalam pembangunan IKN berkenaan.


"Saya menyambut baik minat para pelabur dalam pembangunan IKN Nusantara. Sebanyak 11 Surat Minat (LoI) oleh 10 syarikat Malaysia telah diserahkan kepada pihak berkuasa IKN.


"Melibatkan dalam bidang elektronik, kesihatan, pembinaan, hartanah dan lain-lain.


"Selain itu terdapat juga sejumlah memorandum persefahaman (MoU) dalam perkapalan, pembiayaan, eksport import, pembangunan industri dan lain-lain juga," ujarnya.


Jokowi dan Anwar sebelumnya menyaksikan penyerahan LoI tersebut oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kepada Pengerusi Pihak Berkuasa IKN, Bambang Susantono.


Jokowi juga berjanji akan memperkenalkan wilayah kemakmuran ekonomi bersama Sabah dan Sarawak yang boleh dihubungkan dengan jalan darat ke IKN baharu tersebut.


Peluang pelaburan dan perniagaan rakyat Malaysia ke Indonesia ini sesuai dengan janji Anwar dalam kempen Pilihan Raya Umum ke 15 lalu bahawa beliau akan menggunakan pengaruh dan persahabatanya dengan para pemimpin dunia untuk menarik pelabur ke dalam negara dan memudahkan syarikat Malaysia melabur keluar dalam sektor menguntungkan.


Selain memudahkan syarikat Malaysia melabur, lawatan Anwar itu juga mempromosi kemudahan berniaga di Malaysia tanpa melibatkan komisen dan urusan 'bawah meja' yang mana telah menarik minat beberapa konglomerat Indonesia untuk membawa pelaburan mereka ke negara ini.


Antara yang dilapor menunjukkan minat adalah Pengerusi CT Corp, Chairil Tanjung. CT Corp salah satu konglomerat utama Indonesia yang merangkumi beberapa perusahaan besar termasuk media.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page