top of page

Hubungan dingin Hj Hadi-Muhyiddin kerana gagal 'tebuk atap'?



Oleh: Abdullah Zaid


Di tengah tengah semaraknya laskar siber pembangkang menyerang Kerajaan Perpaduan, sesuatu yang tidak boleh disembunyikan oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas Hj Hadi Awang adalah kedinginan hubungan antara mereka.


Kedinginan hubungan itu ironinya mempunyai persamaan dengan detik detik menjelang terkuburkan Pakatan Rakyat pada 2015 atau berkuburkan Muafakat Nasional pada 2022 apabila Hj Hadi hanya mewakilkan sahaja kehadiran beliau dalam pertemuan atau acara rasmi bersama pimpinan gabungan.


Bagi Ketua Cabang Kuala Terengganu, Azan Ismail, hubungan dingin antara keduanya mungkin juga berpunca daripada propaganda keterlaluan yang ditaburkan oleh pimpinan Bersatu kononnya gabungan PN mampu menumbangkan Kerajaan Perpaduan pada 2023 lalu.


Apabila 5 - 6 tarikh yang diberikan gagal mengambil alih kerajaan dan Ahli Parlimen mereka pula berpaling menyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka para pemimpin Pas tidak keruan menghadapi para penyokong mereka.


"Isu tabiat menebuk atap (janji tukar kerajaan) demi mendapatkan kuasa memang tidak bertahan lama, malah ia akan menjadi satu ketagihan yang akhirnya membawa pergaduhan sesama sendiri.


"Malah kegagalan mereka untuk mengambil alih Putrajaya itu juga menyebabkan enam Ahli Parlimen Bersatu menyokong Perdana Menteri," kata Azan ketika dihubungi Suara Keadilan.


Sehubungan itu, Azan berkata, lebih baik untuk PN berusaha menjadi pembangkang yang sebenar serta memainkan peranan sebagai agen semak imbang terhadap kerajaan.


Katanya, selepas gagal menggunakan pelbagai isu maka strategi tebuk atap seharusnya dilupakan atau gabungan PN pula akan akhirnya goyah memikul cita cita yang sangat sukar dilaksanakan.


"Saya kira lebih baik pembangkang menjalankan fungsi sebagai ‘check and balance’ supaya negara menjadi lebih baik.


"Tidak seperti kita (Pakatan Harapan) dulu jadi pembangkang boleh berbahas isu audit, perbelanjaan dan keberkesanan program kerajaan kerana kita tidak bertelagah


"Jadi, tiba masanya mereka menjadi pembangkang yang berkualiti dan sudah-sudahlah tepuk atap," ujarnya lagi.


Sebelum ini, media melaporkan hubungan dua pemimpin utama PN kian goyah sebaik sahaja Pas kandas menampilkan Naib Presidennya, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Perdana Menteri apabila Muhyiddin tidak meneruskan hasrat beliau untuk berundur pada pemilihan Bersatu tahun lalu.


Dakwa media, kedudukan gabungan pembangkang semakin sukar diramal ekoran Hj Hadi tidak hadir ke mesyuarat PN sebaliknya diwakili Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.


Keadaan itu sedikit sebanyak mirip dengan situasi Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan Umno-Pas, apabila Hadi tidak lagi menghadiri mesyuarat yang akhirnya menguburkan kerjasama itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page